ARTIKEL

Gambar Hiasan

Rakyat Malaysia Di Jepun Dinasihat Berwaspada Susulan Gempa Bumi Bermagnitud 7.1

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia di Jepun dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan memantau rapi perkembangan keadaan setempat susulan gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter yang menggegar Wilayah Kumamoto di Pulau Kyushu.

Kedutaan Besar Malaysia di Jepun dalam satu makluman di laman Facebook turut menasihati rakyat Malaysia supaya merujuk laman sesawang Agensi Meteorologi Jepun (JMA) di www.jma.go.jp/jma/index.html bagi mendapatkan maklumat terkini, amaran dan nasihat keselamatan.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan kecemasan boleh menghubungi kedutaan menerusi talian +81 3 3476 3840 (waktu pejabat), +81 70 1471 9756 (selepas waktu pejabat), atau e-mel di mwtokyo@kln.gov.my atau consular.tyo@kln.gov.my.

Agensi berita Jepun Kyodo News melaporkan bahawa amaran tsunami telah dikeluarkan bagi kawasan Laut Ariake dan Laut Yatsushiro susulan gempa berkenaan, namun amaran itu ditarik balik kemudiannya.

Ramai dikhuatiri cedera manakala pihak berkuasa giat menilai tahap kerosakan berikutan laporan kejadian bangunan runtuh, kebakaran, gangguan bekalan elektrik dan gangguan lalu lintas akibat gempa bumi berkenaan.

Pada sidang media, agensi cuaca tempatan menggesa orang ramai agar sentiasa berjaga-jaga terhadap potensi gempa bumi dengan keamatan yang serupa dalam tempoh beberapa hari akan datang. Agensi itu turut memberi amaran risiko strok haba memandangkan suhu di Kumamoto dijangka mencecah 35 darjah Celsius atau lebih tinggi, lapor agensi berita itu. – BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan