ARTIKEL

Ranking Harimau Malaya jatuh enam anak tangga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Seperti diduga, ranking skuad Harimau Malaya jatuh enam anak tangga untuk menduduki tempat ke-138 dunia, berdasarkan kemas kini terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), semalam.

Perkembangan terbaharu itu dikongsikan menerusi kenyataan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sekali gus menyaksikan skuad kendalian Kim Pan Gon mengumpul keseluruhan 1,094.54 mata untuk turun daripada posisi ke-132 dunia yang dihuni sejak 15 Februari.

Kejatuhan ranking skuad negara itu disebabkan mereka kehilangan 15.63 mata ekoran dua kekalahan kepada Oman pada saingan Kumpulan D Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, yang berlangsung di Muscat dan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), masing-masing pada 22 dan 26 Mac.

Skuad negara tewas dengan jaringan 0-2 dalam kedua-dua perlawanan tersebut.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia kekal di kedudukan ketiga Kumpulan D dengan mengumpul enam mata, manakala Kyrgyzstan yang mengatasi Taiwan 5-1 kekal di posisi teratas selepas mengumpul sembilan mata diikuti Oman di tempat kedua yang turut mengumpul sembilan mata, sementara Taiwan tercorot tanpa sebarang mata.

Selepas ini, anak buah Pan Gon akan bertemu dengan Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun dan menamatkan saingan kumpulan D dengan menentang Taiwan di SNBJ pada 11 Jun.

Kemas kini itu turut menjejaskan ranking Malaysia yang kini muncul selaku pasukan ke-24 terbaik di Asia, selepas dipintas Indonesia (ke-23). – BERNAMA

BERITA LAIN

Samarahan tidak rela berputih mata

BINTULU: Skuad Samarahan bersedia mengharungi baki 90 minit aksi separuh akhir kedua menentang Bintulu di Stadium Bintulu, petang esok. Pasukan itu membawa bekalan kelebihan tiga

SAREX26 dijangka lepasi sasaran 800 peserta

KUCHING: Ekspo E-Sukan Sarawak 2026 (SAREX26) dijangka melepasi sasaran penyertaan 800 peserta apabila 600 orang sudah mengesahkan penyertaan menjelang penganjurannya pada 13 hingga 15 November

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah