ARTIKEL

Ratu Etnik Junior Sarawak 2025 Lestarikan warisan, semai keberanian generasi muda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PERTANDINGAN Ratu Etnik Junior Sarawak 2025 edisi ketiga bukan sekadar acara penuh glamor, tetapi juga platform pendidikan yang mendidik kanak-kanak supaya berani tampil di hadapan khalayak, mengenali asal-usul etnik sendiri serta menanam rasa cinta terhadap warisan budaya negeri.

Acara yang berlangsung di pusat beli-belah The Hills, Kuching, ini menyerlahkan keanggunan, keyakinan dan kebanggaan peserta cilik daripada pelbagai latar etnik yang tampil mempamerkan keunikan budaya masingmasing.

Menurut pengasas SJ Management merangkap penganjur pertandingan, Syahlan Jasmi, program yang mendapat sokongan Majlis Seni Sarawak (MSS) ini merupakan platform pendidikan budaya yang menggabungkan elemen tradisi, disiplin dan pembangunan sahsiah diri.

Edisi kali ini bertemakan Batik Sarawak Kontemporari yang menampilkan keunikan busana hasil gabungan tradisi dan inovasi.

“Tema tersebut menjadi simbol penyatuan antara warisan klasik dengan gaya moden yang menggambarkan betapa kaya dan dinamiknya budaya tempatan, serta mampu menyesuaikan diri dengan arus fesyen semasa tanpa menghilangkan identiti asal,” ujarnya ketika ditemu bual Suara Sarawak baru-baru ini.

Selain itu, Syahlan menegaskan bahawa pertandingan ini berperanan penting dalam memperkasakan jati diri serta memupuk nilai warisan budaya dalam kalangan generasi muda di Sarawak.

Tambahnya, bagi edisi 2025, pihak penganjur menerima antara 30 hingga 40 penyertaan dari seluruh pelosok negeri, termasuk Kuching, Samarahan, Serian, Betong, Kabong, Sibu, Bintulu dan Miri.

Peningkatan penyertaan ini jelas menunjukkan sambutan yang semakin menggalakkan serta minat yang tinggi dalam kalangan ibu bapa dan anak-anak terhadap program berasaskan budaya.

Di samping itu, pertandingan ini memberi penekanan terhadap busana tradisional, persembahan etnik dan sesi soal jawab sebagai medium untuk memperkenalkan serta mempromosikan kepelbagaian budaya Sarawak.

Hal ini demikian kerana setiap peserta, ujar beliau, membawa identiti etnik masing-masing, sekali gus menyampaikan mesej perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Antara kriteria pemilihan peserta termasuklah penampilan sopan, keyakinan diri, pengetahuan budaya, kemahiran komunikasi serta bakat tambahan seperti nyanyian dan tarian.

Dalam penganjuran kali ini, Syahlan turut mengakui terdapat beberapa cabaran utama yang perlu dihadapi, termasuk pengurusan logistik peserta dari pelbagai daerah serta keperluan penajaan dan sokongan kewangan.

Namun, kerjasama daripada pelbagai pihak amat diperlukan bagi memastikan kesinambungan serta kejayaan acara ini pada masa hadapan.

Persiapan rapi turut dijalankan, merangkumi sesi latihan peserta, pemilihan juri profesional, penyediaan kostum serta koordinasi teknikal dan aspek keselamatan.

Menariknya, reka bentuk pentas acara diinspirasikan daripada gabungan elemen moden dan tradisional bagi memberikan pengalaman persembahan yang lebih dinamik serta sesuai dengan cita rasa generasi masa kini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan acara ini, termasuk The Hills Kuching selaku penaja tempat serta Bunga Keringkam dan Razz Couture sebagai penaja rasmi.

Tidak ketinggalan juga barisan juri profesional yang berpengalaman luas dalam dunia fesyen dan persembahan, iaitu Mohd Zahid Ngaiman selaku Ketua Juri, Aida Mohamad sebagai Penolong Ketua Juri serta Hafi z Dressmaker dan Sharon Kezia Leela. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Kategori A (10 tahun ke bawah) dan Kategori koordinasi teknikal dan aspek keselamatan.

Menariknya, reka bentuk pentas acara diinspirasikan daripada gabungan elemen moden dan tradisional bagi memberikan pengalaman persembahan yang lebih dinamik serta sesuai dengan cita rasa generasi masa kini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan acara ini, termasuk The Hills Kuching selaku penaja tempat serta Bunga Keringkam dan Razz Couture sebagai penaja rasmi.

Tidak ketinggalan juga barisan juri profesional yang berpengalaman luas dalam dunia fesyen dan persembahan, iaitu Mohd Zahid Ngaiman selaku Ketua Juri, Aida Mohamad sebagai Penolong Ketua Juri serta Hafi z Dressmaker dan Sharon Kezia Leela.

Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Kategori A (10 tahun ke bawah) dan Kategori B (11 hingga 15 tahun), bagi memberi peluang kepada pelbagai peringkat umur untuk menonjolkan bakat dan keanggunan masing-masing.

Kemuncak pertandingan menyaksikan gelaran juara disandang oleh Nur Damia Hasna, yang turut memenangi Anugerah Busana Terbaik bagi Kategori A.

Naib juara pula dimenangi oleh Liezel Joso Darrel, yang turut membawa pulang dua gelaran khas, iaitu Miss Sosial Media dan Miss Fotogenik, manakala tempat ketiga diraih oleh Aisyah Nuha Zahira, yang turut dinobatkan sebagai Darling of the Crowd. Sementara itu, bagi Kategori B, gelaran juara menjadi milik Nur Qistina Batrisyia, yang turut membawa pulang Anugerah Busana Terbaik.

Naib juara disandang oleh Nurul Syamilla Abdullah, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Nur Qaseh Aleya.

Anugerah khas Darling of the Crowd diberikan kepada Nur Dania Farisya Chan, manakala gelaran Miss Fotogenik dan Miss Sosial Media masing-masing dimenangi oleh Nur Adzwiesya Damia.

Dengan sambutan yang begitu menggalakkan, Syahlan menzahirkan harapan agar pertandingan Ratu Etnik Junior Sarawak terus berkembang sebagai acara tahunan berprestij, bukan sahaja di peringkat negeri, malah mampu menembusi peringkat kebangsaan.

Menurut beliau, SJ Management komited memperkasakan platform ini sebagai wadah menggilap bakat muda yang berjiwa budaya serta berpersonaliti unggul.

Katanya, kemenangan sebenar tidak terletak pada mahkota semata-mata, tetapi pada keberanian, keaslian dan nilai diri yang dibawa oleh setiap peserta.

Beliau turut menambah bahawa pertandingan ini bukan sekadar menyerlahkan kecantikan luaran, tetapi turut mencerminkan semangat dan kefahaman peserta terhadap nilai budaya yang diwarisi

. Setiap peserta tampil dengan penuh bangga membawa identiti etnik masing-masing, menonjolkan corak, warna dan simbol tradisi yang menjadi lambang perpaduan pelbagai kaum di Sarawak. Acara ini turut menjadi platform untuk mengenal identiti, memupuk keyakinan serta menanam rasa cinta terhadap budaya sendiri.

Dengan sokongan padu daripada pelbagai pihak serta semangat tinggi dalam kalangan generasi muda, Ratu Etnik Junior Sarawak 2025 sekali lagi membuktikan bahawa warisan budaya tempatan mampu terus hidup dan berkembang dalam jiwa generasi baharu yang indah, berani dan penuh kebanggaan.

Turut hadir menyaksikan pertandingan tersebut ialah Pegawai Tadbir Majlis Seni Sarawak (MSS), Christine Gani, dan Penolong Pegawai Tadbir MSS, Ahmad Zul Fadzli Samsudin.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil