ARTIKEL

PECUT... Antara sebahagian aksi pekayuh pasukan yang bertanding. | FOTO: MOHD. ALIF NONI

REGATA BATANG KAYAN 2026: Amaran awal Buraq Terbang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Kehebatan pasukan Buraq Terbang pada hari pertama Regata Batang Kayan 2026 mencuri tumpuan apabila mengungguli saringan kategori utama perahu bidar 30 pekayuh lelaki (Raja Sungai Saringan A), petang tadi.

Pasukan milik Haji Nusi Ismail itu menewaskan tiga pencabar, iaitu Landas Saga Sebuyau di tempat kedua, Landas Cahaya Helang Tasik di tempat ketiga dan Bujang Sigat di tempat keempat.

Keputusan itu menyaksikan empat pasukan berkenaan muncul calon terawal untuk merebut tempat ke perlumbaan akhir bagi gelaran Raja Sungai Batang Kayan 2026 yang dijadualkan berlangsung Ahad ini.

RAKAM KENANGAN… Billy Anak Sujang (empat dari kiri) merakam gambar bersama pemenang. | FOTO: MOHD. ALIF NONI

“Perlumbaan cukup sengit dan pasukan yang berentap dalam kategori ini sememangnya hebat belaka,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Haji Azizul Annuar Adenan ketika mengulas saingan tersebut.

Sebanyak enam perlumbaan berlangsung pada hari pertama, lima daripadanya membabitkan saringan kategori perahu bidar 10, 15, 20 dan 30 pekayuh lelaki.

Sementara itu, kategori akhir perahu bidar 25 pekayuh lelaki bagi merebut Piala ADUN N.1 Opar menyaksikan pasukan Saga Sebuyau muncul juara dengan catatan masa terpantas, iaitu lapan minit 36 saat.

Landas Cahaya Helang Tasik menduduki tempat kedua dengan catatan lapan minit 45 saat, manakala Bujang Sigat di tempat ketiga dengan masa lapan minit 46 saat.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan ADUN N.1 Opar, Billy Anak Sujang.

Sebanyak tujuh perlumbaan dijadualkan berlangsung esok, dengan empat pada sebelah pagi dan tiga lagi pada sebelah petang.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan