ARTIKEL

Remaja 20 tahun maut, motosikal terbakar selepas langgar Hilux

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA BERANG: Seorang penunggang motosikal rentung selepas kenderaannya terbakar apabila merempuh bahagian belakang sebuah Toyota Hilux di Kilometer 399.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT), Bukit Besi-Ajil, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Superintenden Sharudin Abdul Wahab menyatakan polis menerima laporan orang awam tentang kemalangan membabitkan motosikal Honda C100 dan Toyota Hilux kira-kira 1.10 tengah hari.

Beliau menjelaskan kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa, Wan Amir Faiz Jamal Paisal, 20, melanggar bahagian belakang Hilux yang berhenti di lorong kecemasan.

Menurut siasatan, pemandu wanita berusia 37 tahun itu dalam perjalanan pulang ke Gua Musang, Kelantan, bersama konvoi motosikal selepas menghadiri majlis di Kuantan, Pahang.

Mangsa yang berasal dari Machang maut di lokasi sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 seperti dillapor Bernama.

BERITA LAIN

Membaca semula kehidupan

SETELAH belasan memblarkan buku menghuni rak di rumah saya, mengikut aturan yang semakin saya sendiri kurang fahami dan mengerti, akhimya saya mengeluarkan semuanya untuk disusun

Taufan tanpa mendarat

TAUFAN tidak semestinya perlu melanda daratan untuk membawa kemusnahan. Di Taiwan, Taufan Champi membuktikan bahawa ribut yang berada di luar pesisir juga mampu mengancam nyawa,

BERITA TERBARU