ARTIKEL

Foto FB Azidi Abdullah

Remaja cedera ditimpa pokok ketika ribut di Pantai Kemasin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Seorang remaja lelaki berumur 15 tahun cedera selepas ditimpa pokok tumbang dalam kejadian ribut di kawasan berhampiran Pantai Kemasin, Bachok, pada jam 7.40 malam ini.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata mangsa telah dikejarkan ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.

“Ketika ini, mangsa menerima rawatan di Zon Kuning HUSM akibat kecederaan di bahagian kepala dan badan.
“Siasatan awal mendapati mangsa berada di pantai peranginan itu bersama keluarganya ketika ribut kuat melanda secara tiba-tiba sebelum sebatang pokok tumbang dan menghempapnya,” katanya kepada Bernama.

Terdahulu, ribut yang melanda Pantai Kemasin turut menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menimpa kenderaan pengunjung. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU