ARTIKEL

FOTO Ihsan Bomba.

Remaja lelaki dikhuatiri lemas, hanyut ketika mandi di sungai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun sempat diselamatkan oleh datuknya manakala seorang lagi rakannya dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di sungai berdekatan Kampung Panagatan dekat Keningau petang semalam.

Jainis Gampanga, 74, berjaya menyelamatkan Jackson Mark manakala Aloysius Alfred, 13, hanyut dibawa arus sungai yang kuat.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah dalam kenyataan memaklumkan menerima panggilan kecemasan pada 5.50 petang sebelum sekumpulan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Keningau dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 16 kilometer.

Kenyataan itu menyebut terdapat tiga lagi kanak-kanak, yang juga rakan kedua-dua mangsa, mandi di sungai tersebut.

“Mangsa lemas ada dua orang tetapi seorang kanak-kanak diselamatkan oleh datuknya sendiri dan seorang tidak dapat diselamatkan oleh kerana arus yang kuat,” menurut kenyataan itu.

Aloysius belum dijumpai dan pasukan bomba masih berada di lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat seterusnya untuk menjalankan operasi mencari serta menyelamat di kawasan mangsa dilaporkan hilang.

Menurut kenyataan itu, bomba akan mengemas kini maklumat berhubung insiden itu dari semasa ke semasa. — BERNAMA

BERITA LAIN

Polis mohon bantuan cari kanak-kanak hilang

JOHOR BAHRU: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 20 Mei lepas. Ketua Polis Daerah

PDRM

Warga emas ditemui maut dalam longkang

IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar Sungai Pinji, Kampung Sungai Rapat, di sini semalam. Ketua

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.