ARTIKEL

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan

Remaja Malaysia Ditahan Di Hong Kong Disyaki Keldai Dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan remaja lelaki rakyat Malaysia yang ditahan bersama 3 kilogram (kg) bunga ganja di Hong Kong pada minggu lepas dipercayai direkrut sindiket sebagai keldai dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima pengesahan daripada pihak berkuasa Hong Kong berhubung penahanan suspek berusia 19 tahan berasal dari Sarawak itu, baru-baru ini.

“Semakan awal mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai rekod kesalahan di Malaysia,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hussein berkata pihak Kastam Hong Kong menemukan bahan terlarang itu di dalam bagasi remaja tersebut yang tiba di Lapangan Terbang Hong Kong pada 9 Julai lepas.

Sebelum ini, Kastam Hong Kong dalam kenyataan memaklumkan remaja itu tiba dari Kuala Lumpur menerusi Singapura sebelum ditahan ketika pemeriksaan kastam dan menemukan kira-kira 3kg bahan yang disyaki sebagai bunga ganja bernilai HK$500,000 atau kira-kira RM260,000. – BERNAMA

BERITA LAIN

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang

BERITA TERBARU