ARTIKEL

Remaja perempuan OKU dirogol lelaki berusia 59 tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Seorang remaja perempuan orang kelainan upaya (OKU) mendakwa dirogol sebanyak lima kali oleh lelaki berusia 59 tahun dipercayai jiran di salah sebuah rumah panjang di sini.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa pada Selasa selepas anaknya mengadu rasa sakit di bahagian alat sulit.

Menurutnya, sehari sebelum itu, remaja OKU berusia 13 tahun empat bulan itu mengalami sakit ketika membuang air kencing.

“Daripada keterangan si ibu seperti diberitahu anaknya, suspek telah memaksanya melakukan hubungan seks semasa berada di kampung bertempat di dalam bilik suspek sebanyak lima kali,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, polis menyiasat lanjut kes di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Bagaimanapun tambah Mathew, suspek ketika soal siasat awal tidak mengaku perbuatannya.

“Suspek juga mengaku tidak pernah melakukan sebarang ugutan terhadap mangsa.

“Kini suspek ditahan reman di lokap Balai Polis Saratok untuk memberi laluan siasatan lanjut,” ujarnya.

Suspek seorang duda dan tinggal bersama ibunya serta tidak bekerja kerana faktor kesihatan.

Sementara mangsa adalah anak bongsu daripada tiga beradik, merupakan OKU kaki dan besekolah di tingkatan satu sebagai pelajar khas.

Mangsa didakwa baru seminggu bergelar pelajar dan balik ke kampung untuk tinggal bersama datuk dan neneknya kerana tidak mahu bersekolah lagi, sebelum dibawa oleh keluarganya ke Kuching untuk menghadiri janji temu di Hospital Umum Sarawak untuk menjalani pemeriksaan biasa.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU