ARTIKEL

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat

Remaja tawar perkhidmatan seksual melalui telegram ditempatkan di bawah JKM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Remaja 15 tahun yang didakwa menawarkan perkhidmatan seksual melalui aplikasi Telegram kini diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Beliau berkata tindakan itu diambil selepas polis menilai faktor umur serta latar belakang remaja tersebut yang memerlukan perlindungan dan bimbingan. 

Beliau berkata siasatan awal mendapati remaja itu mula terjebak dengan aktiviti itu selepas mengalami episod hitam dalam hidup selain akibat tekanan hidup.

“Kita tidak menolak kemungkinan wujud pihak mengambil kesempitan hidup remaja itu dan mengajarnya menggunakan Telegram untuk mencari pelanggan. Isu ini tidak boleh dilihat secara sempit sebagai perbuatan jenayah semata-mata, sebaliknya memerlukan pendekatan pemulihan menyeluruh,” katanya. 

Mohd Yusoff berkata demikian selepas menghadiri Istiadat Pengurniaan Kehormatan  Kebesaran Negeri Kelantan, Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat Menyembah Ucapan Tahniah dan Taat Setia sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang ke-56 di Istana Balai Besar, di sini hari ini. 

Beliau berkata remaja yang tinggal bersama bapa di Pasir Puteh selepas orang tua berpisah itu masih muda dan penting untuk pihak berwajib memberi kaunseling serta peluang kepadanya membina semula kehidupan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang ibu tunggal membuat laporan polis kerana mengesyaki anak perempuannya menawarkan perkhidmatan seksual melalui aplikasi tersebut. — BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU