ARTIKEL

Resolusi EEC 2026 jadi panduan pendidikan alam sekitar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Resolusi Persidangan Pendidikan Alam Sekitar (EEC) 2026 akan menjadi panduan kepada usaha memperkukuh pendidikan alam sekitar di sekolah dan komuniti, termasuk di kawasan luar bandar, menerusi kerjasama pelbagai pihak.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, idea dan pengalaman yang dikongsikan dalam persidangan dua hari tersebut ini akan membantu membentuk modul pendidikan tersebut.

Katanya, pembangunan modul ini memerlukan kerjasama erat antara Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), institusi akademik, kementerian dan agensi berkaitan serta rakan komuniti dengan guru dan pendidik komuniti juga perlu dilibatkan bagi memastikan kandungan serta aktiviti yang dirangka relevan, praktikal dan mudah digunakan.

Datuk Len Talif Salleh berucap pada majlis penutupan EEC 2026. | Foto: Ghazali Bujang

“Dengan mengambil kira pengalaman antarabangsa serta pengetahuan tempatan, modul ini seharusnya menghubungkan pembelajaran dengan kehidupan seharian.

“Modul tersebut perlu membantu golongan muda membangunkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk memelihara alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan EEC 2026 yang diadakan di sebuah hotel, di sini hari ini.

Len berkata, modul tersebut perlu disesuaikan dengan keperluan tempatan yang berbeza serta sesuai digunakan di kawasan yang mempunyai kemudahan, akses Internet dan sumber pembelajaran yang terhad.

Beliau menjelaskan pendidikan alam sekitar menyokong aspirasi Sarawak untuk meningkatkan taraf hidup rakyat sambil memelihara sumber alam semula jadi demi generasi akan datang.

“Pendidikan ini membantu masyarakat memahami bagaimana pilihan dalam kehidupan seharian mempengaruhi alam sekitar dan bagaimana setiap individu boleh membawa perubahan di rumah, di tempat kerja serta dalam komuniti masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, pemahaman ini penting ketika Sarawak melaksanakan dasar dan pelan pembangunannya, termasuk Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030), Pelan Hala Tuju Kelestarian Sarawak 2030 dan Dasar Alam Sekitar Sarawak.

“Kerajaan, institusi pendidikan, sektor perniagaan dan komuniti perlu bekerjasama untuk membantu masyarakat memahami matlamat ini serta menyumbang melalui amalan yang bertanggungjawab,” katanya lagi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kesedaran keselamatan kediaman perlu dipertingkat

BINTULU: Kesedaran keselamatan kediaman perlu dipertingkatkan dalam kalangan masyarakat, khususnya penduduk rumah panjang dan kawasan kampung, bagi mengurangkan risiko bencana seperti kebakaran, banjir dan hakisan

See Chee How perjelas keputusan sertai SUPP

KUCHING: Pengalaman lebih empat tahun berkhidmat sebagai ADUN Bebas khususnya kerjasama dengan kepimpinan Kerajaan Sarawak dalam memperjuangkan kepentingan dan kebajikan penduduk Batu Lintang menjadi antara