ARTIKEL

Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky ketika sidang media pada sesi latihan skuad badminton kebangsaan di Petronas Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara semalam. | Bernama

Rexy mahu Mei Xing, Pei Kee bimbing pasangan baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Beregu Negara, Rexy Mainaky menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada pemain beregu wanita negara, Teoh Mei Xing dan Go Pei Kee bagi memastikan peranan mereka membimbing atlet muda meningkatkan tahap permainan ke peringkat lebih tinggi.

Rexy berkata pengalaman dimiliki Mei Xing dan Pei Kee perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengangkat prestasi atlet muda, khususnya dalam proses penyesuaian di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata gandingan bersama pemain muda yang lebih segar dan kurang tekanan turut diambil kira sekali gus memberi ruang kepada perkembangan jangka panjang buat Mei Xing dan Pei Kee. 

“Kalau dia dengan pasangan muda itu, dengan pengalamannya dia boleh mengangkat pemain muda ini untuk pergi tahap lebih jauh, dengan atlet muda mungkin lebih segar dan tidak banyak tekanan, jadi di situ KPI mereka. 

“Pada beberapa kejohanan sebelum ini, kita juga lihat akan perkembangan mereka,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan skuad negara di Akademi Badminton Malaysia di sini semalam. 

Rexy berkata pendekatan berkenaan dipersetujui hasil perbincangan bersama barisan kejurulatihan, termasuk ketua jurulatih beregu wanita, Rosman Razak. 

Untuk rekod, Mei Xing terpaksa bertukar pasangan selepas Pei Kee mengambil keputusan mengundur diri daripada terus bergandingan dengannya.

Mei Xing akan membentuk gandingan sementara dengan pemain remaja, Tan Zhing Hui pada dua kejohanan di Singapura iaitu Cabaran Antarabangsa Singapura 2026 (24 Feb-1 Mac) dan Siri Antarabangsa Singapura 2026 (3-8 Mac) manakala Pei Kee digandingkan bersama Cheng Su Hui. 

Mei Xing-Pei Kee mula berpasangan pada Jun 2024 dan berjaya mencapai ranking ke-18 dunia, dengan satu-satunya kejuaraan dimenangi ialah Malaysia Super 100 pada 2024. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU