ARTIKEL

Riadah suburkan silaturahim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LEBIH 30 ahli IKRAM Kuching daripada pelbagai lapisan umur menyertai program riadah santai yang diadakan di Taman Botani Kuching pada pagi Sabtu lalu.

Program tersebut bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah sesama ahli, selain memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan peserta.

Aktiviti dimulakan seawal jam 7.30 pagi dengan sesi senaman ringan yang diketuai oleh Rabbani, diikuti dengan sesi berjalan santai mengelilingi taman yang indah dan tenang.

Menurut penganjur, program riadah ini menjadi ruang istimewa untuk memperkukuh hubungan kekeluargaan dalam suasana santai dan penuh keceriaan.

“Selain memberi manfaat kepada kesihatan fi zikal, program seperti ini juga mampu memberikan ketenangan jiwa serta membuka ruang untuk ahli berkenalan dan saling menyokong,” katanya.

Turut hadir ialah wakil pimpinan IKRAM Kuching yang mengambil bahagian dalam aktiviti serta menyampaikan tazkirah ringkas mengenai kepentingan menjaga kesihatan sebagai satu amanah daripada Allah.

Antara aktiviti menarik lain yang turut dianjurkan ialah beberapa permainan berkumpulan yang disambut meriah oleh peserta pelbagai peringkat usia.

Gelak ketawa dan semangat kerjasama jelas terpancar sepanjang aktiviti berlangsung.

Program berakhir sekitar jam 10.30 pagi dengan jamuan ringan yang dibawa oleh para peserta, mencerminkan semangat kebersamaan dan perkongsian dalam kalangan ahli.

Rata-rata peserta menyatakan rasa gembira dan berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan secara berkala sebagai usaha membina komuniti yang sihat, aktif dan harmoni.

BERITA LAIN

PENTAS SI CILIK serlah potensi diri

Pertandingan Putra Putri Cilik 2026 Edisi Karlas menjadi medan mencungkil bakat kanak-kanak dan remaja, di samping membina keyakinan diri, memupuk keberanian serta menyemai nilai keprihatinan

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

BERITA TERBARU

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)