ARTIKEL

Majlis berbuka puasa untuk menunjukkan Ramadan terbuka kepada semua diadakan semula di Dataran Trafalgar, London. - Foto Anadolu

Ribuan hadir majlis berbuka puasa di Dataran Trafalgar, London

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LONDON, England: Walaupun cuaca hujan, ribuan orang berkumpul hari ini di salah satu lokasi paling ikonik di London, iaitu Dataran Trafalgar, untuk majlis iftar atau berbuka puasa pada bulan suci Ramadan.

Sajian itu adalah sebahagian daripada acara bertemakan Turkiye dengan penajaan utama daripada Direktorat Komunikasi Turkiye.

Datuk Bandar London, Sadiq Khan, adalah antara peserta pada majlis tersebut yang dianjurkan oleh Projek Khemah Ramadan, sebuah badan amal yang ditubuhkan pada 2013 dan pernah memenangi anugerah, lapor Agensi Anadolu.

Selepas azan berkumandang, umat Islam berbuka puasa diikuti solat berjemaah.

Para peserta diberikan beg merah dengan kad Eid Mubarak (Hari Raya Aidilfitri) dan manisan Turkiye yang disediakan oleh Direktorat Komunikasi.

Ketika berucap di atas pentas, Khan berkata inisiatif iftar terbuka itu menghimpunkan lebih 10,000 orang dalam tempoh 28 hari sepanjang Ramadan tahun ini.

Memuji inisiatif itu, beliau berkata menjalinkan persahabatan adalah perkara yang indah di acara iftar terbuka.

“Kegembiraan berbuka puasa ini adalah kami dapat berkongsi agama kami dengan orang bukan Islam. Berbuka puasa ini adalah penawar terbaik kepada mereka yang ingin menyebarkan kebencian,” katanya.

Khan turut menyampaikan juadah berbuka puasa kepada para hadirin di dataran. — BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jerebu: 45 kawasan catat IPU sederhana

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di 45 kawasan seluruh negara berada pada tahap sederhana berdasarkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pagi ini. Menurut portal Sistem Pengurusan