ARTIKEL

Foto: Kemeriahan pekarangan Stadium Taha Ariffin dengan kehadiran ribuan penyokong menjelang aksi Piala FA Malaysia 2026-2027.

Ribuan penyokong banjiri Stadium Taha Ariffin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ribuan penyokong mula membanjiri Stadium Taha Ariffin (STA) seawal jam 5 petang bagi menyaksikan Kuching City FC memburu tiket ke separuh akhir Piala FA Malaysia 2026-2027 menentang Kelantan City FC, malam ini.

Tinjauan Suara Sarawak mendapati pekarangan stadium dipenuhi orang ramai, dengan suasana semakin meriah hampir dua jam sebelum sepak mula pada jam 7.45 malam.

Penyokong yang mengenakan jersi The Cats tiba bersama keluarga dan rakan, manakala kawasan pintu masuk stadium turut dipenuhi peminat yang menunggu untuk memasuki venue.

Kemeriahan itu menyemarakkan suasana menjelang aksi timbal balik suku akhir, dengan STA kini mempunyai kapasiti 17,584 tempat duduk selepas kerja-kerja penaiktarafan, termasuk pemasangan kerusi bernombor.

Tumpuan malam ini terarah kepada The Cats yang perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas terikat 0-0 dengan Kelantan City pada aksi pertama di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, pada 20 September lalu.

Keputusan tanpa jaringan itu menjadikan peluang kedua-dua pasukan masih terbuka, dengan pemenang pertemuan kedua bakal mengesahkan tempat ke kelompok empat terbaik.

Aksi pertama turut menyaksikan kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Ahmad Nazri Muhamad dari Kelantan City dan Jerome Mpacko Etame dari Kuching City dilayangkan kad merah pada babak berbeza.

Disiplin, ketenangan dan ketajaman di hadapan gawang dijangka menjadi faktor penting buat The Cats dalam usaha menembusi pertahanan lawan dan mengelakkan penentuan berlarutan.

Kelantan City pula dijangka berusaha menyerap tekanan tuan rumah menerusi organisasi pertahanan yang kemas serta serangan balas.

Sokongan penyokong sendiri diharap menjadi pembakar semangat buat Kuching City untuk meneruskan kemaraan dalam saingan Piala FA.

Jika berjaya menyingkirkan Kelantan City, The Cats akan mara ke separuh akhir dan berpotensi bertemu Selangor FC sekiranya pasukan itu turut melepasi aksi suku akhir mereka.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Majlis perundingan dicadang pacu pembangunan SDZ

KUCHING: Penubuhan Majlis Perundingan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu (SDZ) dicadangkan bagi menyelaraskan keutamaan pembangunan dan memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan rakyat, selain menggalakkan penyertaan pelbagai