ARTIKEL

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa 11 Negeri, Tiga Wilayah Persekutuan Hingga 6 Petang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri serta tiga Wilayah Persekutuan hingga 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh negeri Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Di Kedah kawasan terlibat ialah Kulim, Bandar Baharu dan Baling manakala di Perak meliputi Bagan Datuk, Hilir Perak, Perak Tengah, Manjung, Kinta, Kampar, Kuala Kangsar, Larut Matang, Kerian, Selama, Batang Padang dan Muallim.

Di Kelantan, kawasan terlibat ialah Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang manakala di Pahang meliputi Temerloh, Lipis, Rompin, Bera, Maran, Kuantan, Jerantut dan Pekan.

Di Johor, amaran berkenaan melibatkan Muar, Tangkak dan Segamat.

Sementara itu, di Sarawak, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk ialah Mukah (Dalat, Matu, Daro dan Tanjung Manis), Sibu (Sibu), Bintulu (Tatau), Sri Aman (Pantu, Lingga dan Sri Aman), Limbang, Miri (Marudi dan Bario), Sarikei (Maradong), Kapit (Kapit) serta Betong (Pusa dan Betong).

Di Sabah pula, amaran melibatkan Kudat, Sandakan (Paitan, Telupid dan Tongod), Pantai Barat, Pedalaman serta Tawau (Semporna, Tawau, Lahad Datu dan Kunak). – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU