ARTIKEL

HEBAT... Rifdean Masdor sebaik diumumkan sebagai pemenang.

Rifdean cipta kejutan dengan TKO hanya 47 saat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGKOK: Bintang sensasi Muay Thai kelahiran Sarawak, Rifdean Masdor, mencipta kejutan apabila memenangi perlawanan dengan keputusan TKO ke atas Nongbia LaoLaneXang di Kejohanan ONE Friday Fights 107 yang berlangsung di Stadium Lumpinee semalam.

Rifdean memerlukan hanya 47 saat untuk menumbangkan wakil dari Laos itu.

Atlet berusia 22 tahun tersebut mendominasi pertarungan sejak awal saingan, terus melancarkan serangan bertali arus terhadap lawannya.

Tatkala menyaksikan lawannya, Nongbia LaoLaneXang, tidak berupaya melawan, pengadil menghentikan pertarungan, memberikan kemenangan kepada Rifdean Masdor.

Kemenangan ini mengembalikan kebangkitan Rifdean Masdor selepas kekalahannya pada bulan Januari lalu kepada Petninmungkorn Namkang.

Penampilan Rifdean menjadi tumpuan sejak tahun 2024 selepas mencipta sensasi dengan mengalahkan Pichai Lookbanmai melalui TKO dalam masa 79 saat.

Dia terus memperlihatkan kehebatan selepas menumpaskan Petaek Sitbigjasskonrakpathum.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU