ARTIKEL

Amir Hamzah Foto: Bernama

RM17 bilion wang tidak dituntut, cari waris untuk dikreditkan terus ke akaun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM17 bilion wang tidak dituntut (WTD) diserahkan syarikat dan firma kepada Jabatan Akauntan Negara dengan RM4.2 bilion daripada jumlah itu telah dituntut empunya yang berhak setakat 31 Okt lepas.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat semalam berkata ini menjadikan baki WTD yang masih tidak dituntut berjumlah RM12.8 bilion.

Beliau berkata sejak 2022, Jabatan Akauntan Negara membuka 184 reruai di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran dan menggalakkan orang awam membuat tuntutan WTD.

Amir Hamzah berkata pihaknya juga akan meneliti cadangan untuk kerajaan melakukan pengesanan pemilik atau waris menggunakan data terkini di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) supaya wang berkenaan dapat dikreditkan terus ke dalam akaun mereka.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan Persekutuan bersedia mempertimbangkan cadangan kerajaan Kelantan dan Terengganu berhubung program dan projek yang boleh dibiayai menerusi pemberian wang ihsan terutama dalam usaha mengurangkan kemiskinan dan menambah baik infrastruktur asas.

Beliau berkata kerajaan Persekutuan sememangnya memberikan peruntukan pembiayaan untuk projek pembangunan kepada kedua-dua negeri itu yang disalurkan melalui kementerian.

“Ia antaranya merangkumi pelaksanaan projek Lebuh Raya Central Spine Road dan pembinaan loji rawatan air di Kelantan, pembinaan hospital di Terengganu, jalan perhubungan serta menaik taraf sekolah di luar bandar,” katanya.– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

Majlis perundingan dicadang pacu pembangunan SDZ

KUCHING: Penubuhan Majlis Perundingan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu (SDZ) dicadangkan bagi menyelaraskan keutamaan pembangunan dan memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan rakyat, selain menggalakkan penyertaan pelbagai