ARTIKEL

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg | GHAZALI BUJANG

RM2 juta disalurkan, sokong pembangunan belia, sukan dan keusahawanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bagi memantapkan program pembangunan belia, sukan dan keusahawanan, Kerajaan Sarawak menyalurkan RM2 juta bagi menyokong usaha tersebut menerusi Belanjawan Negeri 2024.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, belia merupakan tulang belakang negeri selain berperanan sebagai pelapis masa depan negara.

“Maka, dana yang disediakan ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk memupuk bakat, inovasi dan mencipta
persekitaran yang kondusif untuk mencapai hasrat berikut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan cadangan Belanjawan Negeri 2023 pada pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari mendedahkan bahawa program Persediaan Usahawan Belia (YES) yang pernah dilaksanakan sebelum ini akan diteruskan pada tahun hadapan menggunakan peruntukan yang disediakan.

Di samping memberi tumpuan melahirkan usahawan belia yang cekap, ia juga untuk membantu golongan berkenaan mengembangkan lagi perniagaan yang dijalankan serta memperkukuh sistem sokongan dan rangkaian yang boleh mendorong mereka untuk terus maju ke hadapan.

“Program ini bertindak sebagai pendedahan awal dan sememangnya bermanfaat untuk golongan belia dalam bidang keusahawanan dengan berkongsi maklumat perniagaan yang berkaitan daripada agensi kerajaan,” jelasnya.

Menyentuh mengenai pembangunan sukan, Kerajaan Sarawak komited untuk membangun dan menguruskan sukan secara profesional bagi melahirkan atlet bertaraf dunia selari dengan wawasan untuk menjadi Kuasa Sukan Negara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Projek SADV manggai 89 peratus tembu

KUCHING: Projek Kampung Digital Sungai Asap (SADV) ti ngaul pengawa ngelekat tali gentian optik sepemanjai 140 kilometer di Sungai Asap enggau Apau Koyan diatu udah

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi