Hampir 162 juta paun Sterling (RM911 juta) dibelanjakan oleh Kerajaan United Kingdom (UK) bagi urusan pemakaman Ratu Elizabeth II selain acara lain sepanjang tempoh berkabung selama 10 hari, lapor BBC news.
Kementerian Kewangan negara itu menyatakan, pemakaman negara pada 19 September 2022 berlangsung 11 hari selepas kematian baginda.
Jasad baginda ditempatkan di St Giles Cathedral Edinburg bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir.
Ratusan ribu orang melawat Westminster Abbey, tempat jasad baginda ditempatkan semasa tempoh berkabung tersebut.






