ARTIKEL

Gambar hiasan

ROKOK ELEKTRIK ancaman baharu kesihatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENGGUNAAN rokok elektrik atau vape, yang pada asalnya dianggap sebagai alternatif kepada rokok, kini menjadi satu bentuk ancaman baharu kepada kesihatan awam.

Di Sarawak, penyalahgunaan alat ini semakin membimbangkan apabila rokok elektronik dijadikan saluran untuk penyeludupan dan penagihan dadah dalam kalangan remaja dan belia.

Justeru, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan yang juga Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, memberi amaran tegas bahawa rokok elektronik bukan lagi sekadar alat yang mengandungi nikotin, sebaliknya kini dicampur dengan bahan terlarang seperti dadah sintetik dan bahan halusinogen seperti cendawan psikedelik.

“Ini bukan lagi soal nikotin.

Kita sedang menghadapi satu bentuk dadah baharu yang tersembunyi dalam rokok elektronik berperisa manis dan menarik,” tegas beliau dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Negeri Sarawak Bil. 1/2025 di Petra Jaya, baru-baru ini.

Menurut laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022, Sarawak mencatatkan kadar penggunaan rokok elektronik tertinggi di Malaysia dalam kalangan remaja berumur antara 13 hingga 17 tahun, iaitu sebanyak 20.3 peratus, yang dianggarkan melibatkan sekitar 39,608 individu.

Jelas Abdul Karim, kebanyakan pelajar ini menggunakan rokok elektronik tanpa menyedari risiko sebenar terhadap kesihatan fi zikal dan mental mereka.

Tambah beliau, situasi ini bertambah rumit apabila bahan terlarang sukar dikesan kerana dicampur dalam cecair berperisa buah-buahan dan manisan yang menarik perhatian golongan muda.

“Fatwa semata-mata tidak memadai. Kita memerlukan undang-undang yang jelas untuk mengharamkan atau mengawal ketat kandungan rokok elektronik ini,” katanya.

Sebagai langkah respons, Kerajaan Sarawak mengambil pendekatan proaktif walaupun tiada akta khusus di peringkat persekutuan.

Inisiatif yang dicadangkan termasuk menjalankan ujian air kencing secara berkala di sekolah bagi tujuan pengesanan awal, mengadakan sesi kaunseling komuniti, serta memperkukuh kerjasama antara pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

AADK mencatatkan seramai 6,151 penagih daripada Januari sehingga Mac tahun ini, dengan 93 peratus daripadanya ialah lelaki.

Trend penyalahgunaan dadah sintetik dan penggunaan rokok elektronik dalam kalangan remaja menjadi keutamaan perbincangan Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD).

Peningkatan kes penyalahgunaan dadah sebanyak 51.4 peratus sehingga 31 Mac tahun ini menimbulkan kebimbangan kerana lebih 98 peratus daripada mereka yang terlibat ialah belia yang berusia antara 15 hingga 39 tahun.

Statistik ini jelas menggambarkan bahawa golongan yang sepatutnya menjadi pemacu pembangunan negeri kini menghadapi ancaman serius daripada gejala ketagihan.

Ini bukan angka biasa. Ia isyarat jelas bahawa kita perlu bertindak segera.

sebelum lebih ramai lagi terjerumus dalam kancah dadah,” ujar Abdul Karim.

Melalui Strategi Pembangunan PascaCOVID-19 (PCDS) 2030, Kerajaan Sarawak melaksanakan pelbagai program pemulihan dan langkah pencegahan, termasuk Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD), Jawatankuasa Sehenti (OSC), serta pengumpulan data penggunaan rokok elektronik yang dijalankan oleh Kementerian Wanita, KanakKanak dan Kesejahteraan Komuniti.

Selain itu, program seperti Pusat Intervensi Pembangunan Komuniti (CDIC) dan Pemberdayaan Keluarga Berpendapatan Rendah (LIFE) menyasarkan golongan berisiko dengan memberi sokongan dari segi sosial dan ekonomi supaya mereka tidak terjebak dalam kancah penagihan.

Selain itu, kekurangan makmal patologi turut menjadi halangan kepada pelaksanaan ujian dadah secara menyeluruh.

Setakat ini, hanya terdapat satu makmal di Kuching, yang menimbulkan cabaran logistik, terutamanya di kawasan luar bandar.

Abdul Karim mencadangkan supaya dua lagi makmal dibina, iaitu di Akademi Imigresen Miri dan tapak pemancar RTM Sibu.

“Permohonan telah dikemukakan kepada pihak berwajib, tetapi ditolak atas kekangan dana dan tenaga kerja.

“Ini perlu dikaji semula kerana keperluan ini amat mendesak,” katanya.

Dengan ini, Abdul Karim menyeru pendekatan bersepadu merentas sektor, termasuk kerajaan, swasta, NGO, dan komuniti untuk mengekang gejala ini.

Beliau 28 Muharam 1447H penagihan.

Selain itu, kekurangan makmal patologi turut menjadi halangan kepada pelaksanaan ujian dadah secara menyeluruh. Setakat ini, hanya terdapat satu makmal di Kuching, yang menimbulkan cabaran logistik, terutamanya di kawasan luar bandar.

Abdul Karim mencadangkan supaya dua lagi makmal dibina, iaitu di Akademi Imigresen Miri dan tapak pemancar RTM Sibu.

“Permohonan telah dikemukakan kepada pihak berwajib, tetapi ditolak atas kekangan dana dan tenaga kerja.

“Ini perlu dikaji semula kerana keperluan ini amat mendesak,” katanya.

Dengan ini, Abdul Karim menyeru pendekatan bersepadu merentas gejala ini.

Beliau mencadangkan supaya program seperti Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) diperluaskan dan masyarakat digalakkan merujuk secara sukarela kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Kita bukan sahaja perlu menyedarkan masyarakat, tetapi juga menyediakan peluang pekerjaan dan proses pemulihan supaya bekas penagih dapat kembali menjadi anggota masyarakat yang produktif,” tambahnya.

Isu ini bukan sekadar masalah individu, tetapi merupakan cabaran sosial yang perlu ditangani secara bersama.

Dengan pendekatan strategik dan kerjasama menyeluruh, Sarawak menunjukkan komitmen tinggi dalam membanteras penyalahgunaan dadah dan rokok elektronik demi menyelamatkan masa depan generasi muda.

“Jika kita semua bersatu dan prihatin, saya yakin Sarawak mampu menjadi negeri bebas dadah yang sihat dan berdaya tahan,” tegas Abdul Karim.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU