ARTIKEL

Komander PPMW5 ACP Abdul Rahman Mat Hasan.

Rokok, minuman keras bernilai lebih RM2.3 juta dirampas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Rokok dan minuman keras pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai lebih RM2.3 juta dipercayai diseludup berjaya dirampas oleh Pasukan Polis Marin Sarawak Wilayah Lima (PPMW5).

Komandernya ACP Abdul Rahman Mat Hasan berkata, seorang pemandu lori telah ditahan dalam satu operasi semalam (16 Januari) sekitar jam 2.45 pagi di Jalan Serian.

Lori beserta barang-barang rampasan.

“Semasa pemeriksaan, sebanyak 952 kotak minuman keras dan 26 kotak rokok dijumpai dalam lori terbabit.

“Pemandu lori lelaki berusia 29 tahun itu gagal memberikan sebarang dokumen berkaitan milikan barangan tersebut,” katanya dalam satu perkongsian di laman sosial Facebook Pasukan Polis Marin Wilayah Lima hari ini.

Lori beserta barang-barang rampasan.

Jelasnya, barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Serian untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Lori beserta barang-barang rampasan.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU