ARTIKEL

Rombak barisan utama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SETELAH mencetak kejayaan 4-1 ke atas Kepulauan Solomon baru-baru ini, jurulatih skuad kebangsaan Kim Pan Gon bersedia melakukan perubahan pada aksi persahabatan Tier 1 menentang Papua New Guinea di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, pada jam 9 malam ini. 

Pan Gon yang menyifatkan perlawanan itu sebagai eksperimen berkata, perubahan dalam kesebelasan utama Harimau Malaya antara lain adalah untuk melihat tahap prestasi pemain yang tidak turun beraksi dalam perlawanan sebelum ini.

Selain itu, jurulatih dari Korea Selatan itu mahu melihat persaingan dalam kalangan pemain terus meningkat dalam usahanya membentuk skuad terbaik terutama menjelang saingan Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari tahun depan.

“Saya mahu menjadikan mereka (pemain) terus bersaing antara satu sama lain.

Saya mahu mereka rasa tiada kesebelasan utama yang tetap, sesiapa sahaja boleh berada dalam skuad utama. Persekitaran begini yang saya suka.

“Sekarang kita ada dua pemain untuk satu posisi jadi mudah-mudahan boleh meletakkan tiga.

Jadi semua orang perlu bersaing,” katanya pada sidang media praperlawanan semalam. 

Walaupun ada perubahan, Pan Gon berharap anak-anak buahnya terus menerapkan falsafah pasukan, bersikap agresif dan mengawal keseluruhan perlawanan, di samping mengurangkan kesalahan teknikal.

“Kita perlu membiasakan diri mencipta peluang menjaringkan gol dan memaksa lawan melakukan kesilapan…kita juga perlu mengurangkan kesilapan teknikal kecil supaya dapat memberikan permainan lebih baik daripada sebelumnya,” katanya.

Berdasarkan statistik pertemuan dengan Papua New Guinea, Malaysia menang tiga daripada empat perlawanan dengan pertemuan terakhir pada 2016 menyaksikan skuad Harimau Malaya menang 2-1, lima bulan selepas tewas 0-2 kepada lawan sama.

“Kita menyaksikan perlawanan mereka (Papua New Guinea) menentang Singapura dan mereka lebih baik daripada yang dijangkakan.

“Saya tidak peduli dengan sejarah pertemuan lepas, kita mencari kemenangan berturutturut di laman sendiri, mencipta budaya menang dan membina kubu di laman sendiri.

Itu adalah sasaran utama kita,” katanya. 

Sementara itu, pertahanan negara Corbin Ong berkata rakan-rakannya kini lebih fokus kepada usaha pasukan untuk mencapai tahap permainan terbaik berbanding memikirkan tentang lawan.

“Saya rasa di kem ini, kita lebih fokus bagaimana kita hendak bermain, bagaimana kita hendak serang dan bertahan, itu sahaja yang penting.

“Ia akan menjadi permainan yang berbeza, seperti kata jurulatih tumpuan kita adalah kepada karakter, kita mahu jadi agresif dan dominan pada masa sama kita mahu mengurangkan kesilapan.

“Jadi, daripada bercakap mengenai Papua New Guinea, kita tumpukan bagaimana kita boleh memperbaiki diri sebagai satu pasukan,” katanya.

Berdasarkan ranking dunia, Malaysia menghuni tangga ke138 manakala Papua New Guinea 159.- Bernama

BERITA LAIN

Samarahan tidak rela berputih mata

BINTULU: Skuad Samarahan bersedia mengharungi baki 90 minit aksi separuh akhir kedua menentang Bintulu di Stadium Bintulu, petang esok. Pasukan itu membawa bekalan kelebihan tiga

SAREX26 dijangka lepasi sasaran 800 peserta

KUCHING: Ekspo E-Sukan Sarawak 2026 (SAREX26) dijangka melepasi sasaran penyertaan 800 peserta apabila 600 orang sudah mengesahkan penyertaan menjelang penganjurannya pada 13 hingga 15 November

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah