ARTIKEL

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari (tengah) bersama Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal (kiri) Pengerusi TNB Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid (kanan) dalam sebuah sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Penajaan antara TNB dan KHM bagi Tahun 2026 hingga 2030 di Leo Moggie Convention Centre (LMCC) TNB Platinum, semalam.

RTG bakal teroka sukan baharu buru emas Olimpik pertama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Program Road to Gold (RTG) akan meneroka sukan baharu yang berpotensi menghadiahkan pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik, kata Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari.

Beliau berkata pendekatan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat RTG pada 19 Mei ini, susulan keperluan melihat landskap sukan negara secara lebih luas dan tidak tertumpu kepada sukan tertentu sahaja.

“Kami harus melihat landskap sukan itu lebih luas lagi, kami tidak hanya terperangkap pada sukan yang sama.

“Kami ingin membuka lembaran yang lebih luas untuk sukan-sukan Malaysia ini kerana tujuan dan matlamat asal RTG adalah untuk memperoleh emas pertama,” katanya selepas menyaksikan pemeteraian memorandum perjanjian (MoA) kerjasama strategik antara Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi tempoh 2026 hingga 2030 di sini semalam.

Beliau berkata hasil mesyuarat RTG itu, termasuk pelan tindakan program berkenaan akan diumumkan kepada media selepas mesyuarat selesai.

Dr Mohammed Taufiq berkata antara perkara yang akan dibincangkan ialah aspek peruntukan dan kaedah menyesuaikan pelaksanaan program dengan bajet sedia ada.

Buat masa ini, hanya empat acara sukan berada di bawah program RTG, iaitu badminton, berbasikal trek, angkat berat dan skuasy.

Badminton mempunyai senarai atlet paling banyak dengan 13 pemain, diikuti berbasikal trek (dua), manakala angkat berat dan skuasy masing-masing mempunyai seorang wakil.

Sementara itu, Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal berkata badan induk itu bersikap realistik berhubung peluang sukan hoki yang disenaraikan dalam program RTG bertujuan memburu pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Olimpik.

“Sejujurnya saya rasa ini bukan panggilan kami, ia terpulang kepada kementerian dan kerajaan. Kami faham RTG adalah mengenai usaha mendapatkan pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik.

“Buat masa ini agak sukar untuk hoki memenangi emas. Jadi, dengan sokongan seperti ini pun sudah cukup baik. Kami ambil satu langkah pada satu masa dan tidak memaksa untuk berada dalam RTG. – BERNAMA

BERITA LAIN

Kuching City buru kemenangan kelima di Brunei

KUCHING: Kuching City FC memburu kemenangan kelima berturut-turut dalam saingan Liga Super 2026-2027 apabila bertandang ke Brunei menentang DPMM FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah,

BERITA TERBARU

Isu warga emas bukan masalah keluarga semata-mata

KUCHING: Sudah dibenarkan keluar hospital, namun masih tidak dapat pulang ke rumah kerana tiada ahli keluarga tampil mengambil atau menguruskan kepulangan mereka. Itulah antara situasi