ARTIKEL

Rumah terbuka tidak dibenarkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini dengan norma baharu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat tidak membenarkan sebarang aktiviti kunjung-mengunjung dan rumah terbuka.

Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin berkata, kerajaan telah berusaha membendung penularan pandemik Covid-19 dengan memikirkan keselamatan semua pihak. “Acara tarian singa dan jamuan makan besar keluarga pada malam Tahun Baharu Cina di hotel atau restoran di daerah Miri juga tidak dibenarkan,” katanya dalam sidang media di sini pagi pada Sabtu.

Kim Shin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri menjelaskan, SOP itu turut terpakai untuk Chap Goh Meh dan perlu dipatuhi masyarakat Cina yang menyambut perayaan itu.

“Bagaimanapun, jamuan makan besar keluarga di rumah hanya perlu disambut dalam kalangan ahli keluarga terdekat dan tidak lebih 20 orang,” ujarnya.

Pada sama yang sama, Adun Senadin itu menjelaskan, pemilik rumah perlu menyediakan alat pengimbas suhu badan dan menggunakan aplikasi MySejahtera untuk pengesanan kontak.

Malah tegasnya, bersalaman dan bersentuhan ketika perayaan itu juga tidak dibenarkan. Dalam pada itu, amalan tradisi mengagihkan buah limau Mandarin kepada penduduk sekitar Miri sejak beberapa tahun lalu juga tidak dilaksanakan pada tahun ini.

Tambahnya, amalan mengagihkan buah limau mandarin menjadi tradisi sejak diperkenalkan mantan Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri George Chan Hong Nam.

“Kita juga mengambil keputusan untuk tidak mengadakan acara mengagihkan buah limau Mandarin kepada masyarakat di Miri bagi menjaga kepatuhan SOP Covid-19,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, meskipun SOP perayaan tahun ini ketat bagi mencegah penularan Covid-19 dalam komuniti, masyarakat Cina boleh menggunakan pelbagai aplikasi untuk berhubung dengan ahli keluarga yang jauh.

Hadir sama ialah Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting yang juga Adun Piasau dan Datuk Bandaraya Miri Adam Yii.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan