MOSKWA: Presiden Belarus Alexander Lukashenko pada Khamis mengakui Rusia memindahkan senjata nuklear di negaranya.
Rancangan Presiden Rusia Vladimir Putin menempatkan senjata nuklear jarak pendek di Belarus sebelum ini, dikecam Barat.
Belarus bersempadan dengan Ukraine serta Kesatuan Eropah (UE) dan Nato (Poland dan Lituania).
Pemimpin pembangkang Belarus, Svetlana Tikhanovskaya memberi amaran penempatan senjata nuklear Rusia di Belarus membahayakan nyawa warga Belarus serta mengancam kedaulatan Ukraine dan Eropah.