ARTIKEL

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew bersama tetamu kehormat lain merakam gambar bersama wakil penaja sempena Hari Penghargaan Penaja RWMF 2026 di sebuah hotel terkemuka di Kuching, hari ini. - Gambar Ghazali Bujang

RWMF angkat identiti Sarawak ke peringkat global

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sokongan berterusan penaja terhadap Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2026 membuktikan keyakinan terhadap festival itu sebagai platform bertaraf global.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia turut mencerminkan keyakinan terhadap hala tuju pelancongan Sarawak serta keupayaan negeri ini menyediakan pengalaman budaya bertaraf dunia berasaskan identiti tempatan.

“RWMF kini bukan lagi sekadar acara pelancongan tahunan, sebaliknya berkembang menjadi platform antarabangsa — membawa identiti Sarawak ke pentas dunia menerusi budaya, muzik dan hubungan kemanusiaan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang disampaikan oleh timbalannya, Datuk Sebastian Ting sempena Hari Penghargaan Penaja RWMF 2026 di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Karim berkata, tema RWMF tahun ini, “Regenerations: Roots & Rhythms”, menggambarkan keseimbangan antara warisan budaya dan evolusi kreatif, selari dengan hala tuju pelancongan Sarawak yang mengekalkan identiti dan keaslian.

Menurutnya, RWMF memainkan peranan penting dalam landskap pelancongan moden kerana mampu menarik pelawat tinggal lebih lama, meneroka destinasi secara lebih meluas serta menjana ekonomi sektor hospitaliti, pengangkutan, makanan dan minuman serta komuniti setempat.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada penaja RWMF 2026 termasuk Penaja Berlian, Malaysia Aviation Group yang terdiri daripada Malaysia Airlines dan Firefly sebagai rakan penerbangan rasmi serta Sarawak Media Group melalui TVS sebagai rakan penyiaran rasmi.

Penaja Platinum pula ialah Cuckoo International (Mal) Sdn Bhd, F&N Marketing Sdn Bhd, Plaza Merdeka, The Waterfront Hotel Kuching, Media Exchange, Avis Budget Malaysia dan Carlsberg Marketing Sdn Bhd.

Sementara itu, Penaja Emas ialah Astro Radio melalui Sinar FM, MIX FM, LITE FM dan ERA FM Sarawak serta Solarvest Borneo Sdn Bhd (Sarawak).

Penaja Perak ialah Wicked Wave Sdn Bhd melalui Ripcurl sebagai rakan pakaian rasmi manakala PETROS dan Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd bertindak sebagai rakan sokongan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU