ARTIKEL

Sagu boleh bantu proses anti penuaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DALAT: Sagu mempunyai kelebihan dalam memanjangkan hayat sel di dalam badan,serta membantu dalam proses anti penuaan.

Itu jelas Menteri Kebajikan, Kesejateraan komuniti, Wanita dan Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah apabila menyentuh mengenai kebaikan pokok rumbia atau sagu yang membantu proses awet muda.

Ujarnya kebaikan sagu yang sedemikain rupa amatlah perlu ditekankan dalam usaha memastikan sagu terus mendapat perhatian dan dapat dipasarkan ke pelbagai peringkat terutamanya apabila ada pengunjung yang datang ke kawasan Dalat dan Mukah.

“Di Dalat ini sejak kecil lagi komuniti di sini telah menjadikan sagu sabagai makanan utama antaranya melalui sagu, linut, tumpek dan sebagainya maka tidak hairanlah ia dapat membantu proses anti penuaan dan kelebihan inilah dapat kita jadikan “selling point” dalam memasarkan produk ini.

“Menjadi harapan kita maka ramailah pihak mahu mendapatkan sagu sebagai makanan utama, sebagaimana usaha yang telah kita jalankan dengan sagu Medong yang telah dikombokan kepada tiga jenis dengan pelbagai rasa,” katanya berucap dalam Majlis Penutupan Community Techincal Outrach Programme (CTOP) Dalat petang tadi.

Sehubungan itu, katanya para belia khasnya perlu berusaha bersama pelbagai pihak membantu memasarkan, menjualkan dan menjenamakan produk sagu di atas talian dengan sebaik mungkin.

“Sepertimana dengan usaha kerajaan Sarawak bersama dengan pelbagai pihak dalam mewujudkan Lembaga Pembanguan Industri Rumbia ia akan menjadi realiti, dengan tertubuhnya lembaga ini ia akan dapat merancakkan industri rumbia di Sarawak pada masa akan datang.

“Kini kita juga dalam proses memajukan satu kertas cadangan bagi membina sebuah kompleks Lembaga Pembanguan Industri Rumbia di Dalat ini, yang mana di dalamnya akan ada pejabat pentadbiran untuk pekebun kecil rumbia, pihak Craun, serta Galeri Rumbia yang boleh menjadi tarikan para pelawat ke sini,” tambahnya.

Menerusi program yang dianjurkan Centexs selama dua hari tersebut, Fatimah turut menekankan para belia agar perlu memikirkan cara terbaik menggunakan kemahiran teknikal dan ilmu pengetahuan yang dimiliki dalam usaha menjana hasil pendapatan dalam kehidupan mereka.

“Semoga melalui lima kursus yang disertai oleh setiap belia dan dianjurkan oleh pihak CENTEXS dan Crauns Reserch Sdn Bhd ,pada hari ini dan apabila mereka mendapat kelayakan yang sebaiknya dapat memberikan peluang pekerjaan dan membantu komuniti secara amnya,” katanya.

BERITA LAIN

ISLAM bawa erti KEAMANAN

Islam membawa erti sejahtera sebagaimana sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: “Muslim itu ialah mereka yang membuat Muslim lain selamat daripada kejahatan lidahnya dan tangannya“. (maksud

LAPOR KES PENIPUAN WALAUPUN KECIL

TIDAK dinafi kan kes penipuan dalam talian semakin ‘mengganas’ ekoran laporan kes semakin meningkat setiap tahun. Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan (DSP) Muhamad Rizal

BERITA TERBARU

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)