ARTIKEL

GAYA HIDUP SIHAT... Rubiah menyempurnakan simbolik pelepasan peserta Fun Run Taman Tasik Desa Ilmu, Samarahan.

Samarahan kini pesat membangun selepas 40 tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Samarahan yang dahulunya disifatkan sebagai kawasan terpencil dan ketinggalan kini pesat membangun dengan populasi meningkat daripada 20,000 kepada lebih 200,000 penduduk dalam tempoh 40 tahun penubuhannya sebagai sebuah bahagian.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang, berkata transformasi itu adalah hasil perancangan pembangunan berterusan merangkumi infrastruktur asas, pembangunan fizikal dan sosioekonomi.

UNTUK KENANGAN… Rubiah merakam gambar bersama para peserta Fun Run Taman Tasik Desa Ilmu, Samarahan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pembangunan Sosioekonomi Agensi Pembangunan Bersepadu Samarahan (IRSDA) berkata, kawasan itu pada awalnya berada di bawah paras laut dan sukar dibangunkan sehingga memerlukan sistem ban yang dikawal oleh agensi khas, iaitu Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Samarahan.

“Jika dahulu Samarahan dikenali sebagai tempat jin bertendang, tiada jalan raya, bekalan elektrik dan kemudahan asas, kehidupan secara sara diri dan kampung tidak tersusun.”

TAHNIAH… Rubiah menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pemenang.

“Daerah kecil di bawah Bahagian Kuching ini dinaik taraf menjadi daerah pada 1983 dan kemudian menjadi Bahagian Samarahan bersama Simunjan dan Serian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Fun Run Taman Tasik Desa Ilmu (TTDI) sempena Sambutan Ulang Tahun ke-40 Bahagian Samarahan, di sini, hari ini.

TINJAU… Rubiah bersama tetamu kehormat lain meluangkan masa berjalan di kawasan Taman Tasik Desa Ilmu.

Hadir sama, Timbalan Residen Bahagian Samarahan selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Program Fun Run TTDI 2026, Rais Ahmat; Pegawai Daerah Samarahan, Ahmad Abdul Razak; dan Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Mohd Irwan Hafiz Md Radzi.

Dalam pada itu, Rubiah memberitahu, penekanan kepada pembinaan jalan raya, bekalan air dan elektrik, pembangunan kampung serta taman perumahan selain penglibatan sektor swasta seperti Aiman Mall dan Summer Mall telah mengubah landskap Kota Samarahan.

Katanya, pembangunan masa hadapan seperti projek Transit Aliran Automasi (ART) Fasa Satu dijangka siap November atau Disember ini, selain Boulevard Samarahan yang bakal menjadi kawasan rekreasi terbesar di Sarawak.

Mengenai TTDI, beliau menjelaskan, tasik yang asalnya dibina sebagai kawasan tadahan air kini dinaik taraf sebagai pusat rekreasi awam di bawah peruntukan IRSDA dan akan diselenggara oleh Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS).

“Kita menambah baik dataran, landskap, tandas dan lampu; saya menyeru penduduk menggunakan taman ini untuk beriadah, mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan.”

“TTDI bukan milik MPKS sahaja, ia milik kita bersama; justeru, kebersihan perlu dijaga bersama, jangan buang sampah merata-rata dan elak vandalisme,” tegasnya.

Justeru, beliau mencadangkan kemudahan lampu ditambah bagi kegunaan pada waktu malam dan penglibatan sektor swasta untuk aktiviti rekreasi berkonsep pelancongan.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan