ARTIKEL

Sampel tidak perlu dihantar ke makmal dengan kit ujian baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA:  Sampel COVID-19 kini tidak lagi perlu dihantar ke 43 makmal ujian saringan yang digunakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), apabila KKM membuat keputusan untuk menggunakan kit ujian pantas antigen daripada Korea Selatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana apa yang diperlukan hanya kabinet keselamatan bio dan ujian boleh dilakukan di tempat pengambilan, di klinik ataupun hospital.

“Sifat sensitif yang kita cari (untuk ujian cepat) ialah 84.4 peratus, dan spesifik untuk ujian itu ialah 100 peratus,” katanya pada sidang media harian COVID-19, semalam.

Beliau berkata, KKM akan menggunakan kit ujian pantas antigen tersebut untuk menguji orang ramai dan ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) di makmal akan digunakan jika terdapat kes yang meragukan dalam apa apa isu berkaitan.

Dr Noor Hisham menambah, KKM dijangka akan mula menggunakan kit ujian baharu itu minggu hadapan.– BERNAMA

BERITA LAIN

Penggredan semula sekolah: 2,504 GKMP hilang ETPS

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan menghentikan pembayaran Elaun Tugas Pentadbiran Sekolah (ETPS) kepada 2,504 Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) yang tidak lagi memenuhi syarat kelayakan

BERITA TERBARU