ARTIKEL

Sanitasi dilakukan di kawasan tumpuan penduduk Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) mengambil inisiatif melakukan sanitasi di tempat awam pada petang Selasa.
Sanitasi dilakukan di Pasar Basah Mukah, Terminal Bas Mukah, Medan Ria, Pasar Tamu dan beberapa tempat awam lain di pekan Mukah.
Menurut Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran MDDM Mohamad Nazir Besiri, sanitasi dibuat sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19 di kawasan tumpuan umum di Mukah.
“Seramai 13 anggota Bahagian Kesihatan Awam MDDM terlibat dan kita telah menggunakan larutan Clorox dan air mengikut sukatan yang disyorkan untuk sanitasi ini,” katanya kepada Suara Sarawak.
Dalam pada itu, selepas sanitasi dilakukan pihaknya juga meletak kod imbasan MySejahtera di kawasan seliaan majlis untuk memudahkan orang awam melakukan mendaftar masuk.
Difahamkan sanitasi tersebut juga merupakan satu langkah berjaga-jaga oleh majlis setelah daerah terdekat iaitu Dalat mencatatkan 19 kes positif Covid-19.






BERITA LAIN

BERITA TERBARU