ARTIKEL

Pengarah JBPM Sarawak, Jamri Masran

SAR lima mangsa nahas helikopter dipergiat esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MARUDI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lima individu yang terbabit dalam nahas helikopter di Long Lellang akan dipergiatkan seawal pagi esok dengan pengoperasian sebuah helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak bersama enam pegawai dan anggota.

Pengarah JBPM Sarawak, Jamri Masran berkata, aset udara berkenaan akan digunakan bagi membantu operasi mengesan serta mengeluarkan mangsa dari lokasi kejadian.

“Seawal pagi esok, jabatan akan menggerakkan sebuah helikopter bersama enam pegawai dan anggota bagi tujuan operasi mengeluarkan mangsa,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Menurutnya, usaha membantu operasi SAR turut disokong oleh sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi yang bersedia digerakkan ke lokasi melalui jalan darat.

Dalam pada itu, helikopter berkenaan dilaporkan terbakar sepenuhnya selepas terhempas di kawasan Lapangan Terbang Long Lellang.

Pasukan bomba lapangan terbang masih menjalankan operasi memadam kebakaran di lokasi kejadian.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Langgur ngemanah ICQS Biawak agi dipansik

KUCHING: Langgur ngemanahka Kompleks Imigresyen, Kastam, Kuarantin enggau Pengelikun (ICQS) Biawak agi dipansik nengah ‘feasibility study’ Pelin Besai Pemansang Kandang Menua Sarawak. Menteri Dagang Temuai,