KUCHING: Pemergian Datuk Sudarsono Osman hari ini menandakan Sarawak kehilangan seorang lagi tokoh yang banyak berjasa dalam pembangunan dan pengukuhan pentadbiran negeri.
Allahyarham mencurahkan bakti selama lebih 40 tahun dalam perkhidmatan awam Sarawak, termasuk sebagai Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dari 2006 hingga 2011.
Sepanjang kerjayanya, beliau juga pernah memegang pelbagai jawatan, antaranya Setiausaha Tetap di Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar, Kementerian Perumahan dan Urbanisasi serta Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi.
Atas komitmennya menyumbang jasa dan bakti kepada negeri, Allahyarham dianugerahkan Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran Datu.
Pihak keluarga memohon maaf dan menghalalkan segala kesalahan, kekhilafan serta salah silap Allahyarham sepanjang hayatnya.
Maklumat mengenai urusan pengurusan jenazah dan pengebumian akan dimaklumkan kemudian.



