ARTIKEL

DOUGLAS UGGAH bersama rombongan meninjau beberapa kawasan semasa XPDC 3.0 di sini, hari ini. Foto: JKR Sarawak

Sarawak komited tingkatkan kesalinghubungan kawasan pedalaman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Kerajaan Sarawak komited menghubungkan kawasan pedalaman yang masih belum mempunyai rangkaian jalan raya yang baik dan sempurna.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, komitmen itu termasuk usaha menilai dan menaik taraf bekas jalan balak yang dikenal pasti penting bagi menghubungkan masyarakat di kawasan pedalaman.

Menurutnya, menerusi XPDC 3.0 Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, pihaknya bersama agensi berkaitan turun padang bagi meninjau keadaan sebenar laluan berkenaan serta mengenal pasti kerja yang perlu dilaksanakan.

“Kerajaan Sarawak sebelum ini bersetuju mengambil alih bekas jalan balak memandangkan laluan berkenaan perlu dinaik taraf.

“Jadi, kita bersama pasukan JKR serta agensi berkaitan turun bersama-sama untuk melihat keadaan sebenar di kawasan berkenaan bagi merancang tindakan yang perlu diambil,” katanya.

Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan itu berkata demikian sebelum memulakan XPDC 3.0 di sini hari ini.

DOUGLAS UGGAH bersama rombongan meninjau beberapa kawasan semasa XPDC 3.0 di sini, hari ini. Foto: JKR Sarawak

Jelasnya, Kerajaan Sarawak komited memastikan projek infrastruktur di kawasan pedalaman dapat dilaksanakan sepenuhnya, sekali gus mencapai matlamat untuk meningkatkan kesalinghubungan serta akses masyarakat setempat.

“Penglibatan pelbagai agensi kerajaan dalam ekspedisi ini turut mencerminkan komitmen bersama bagi memastikan pembangunan infrastruktur di kawasan pedalaman dapat dirancang dan dilaksanakan secara teratur serta berkesan,” ujarnya.

XPDC 3.0 yang bermula hari ini dan berakhir esok melibatkan tinjauan ke beberapa projek infrastruktur di sepanjang laluan Ulu Skrang, Ulu Kota hingga Ulu Entabai.

Selepas dilepaskan di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, rombongan meninjau lokasi cadangan kerja pembaikan cerun di KM13+800 dan KM21+900, Ulu Skrang, sebelum meneruskan perjalanan ke Jalan Pinchoh.

Tinjauan turut dilakukan di Projek Jalan Ulu Skrang, Lubok Antu (Fasa Dua), khususnya di Jambatan Menggong dan Jambatan Penabun.

Turut hadir Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Ir. Aidel Lariwoo.

BERITA LAIN

Beg sekolah untuk 5,917 pelajar di 46 sekolah Sarikei

SARIKEI: Seramai 5,917 pelajar daripada 46 sekolah di kawasan Sarikei menerima sumbangan beg sekolah menerusi inisiatif bantuan pendidikan bagi memastikan mereka mempunyai kelengkapan yang mencukupi

Fokus keperluan pendidikan luar bandar, kebajikan guru

JULAU: Sebanyak RM50,000 disalurkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau No.2 bagi membolehkan pihak sekolah mendapatkan televisyen pintar (Smart TV) bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran

BERITA TERBARU

16 pasukan bertanding, Akademi SJN muncul juara

KUCHING: Akademi SJN dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun (B-12) selepas menewaskan Akademi Nexus 2-1 pada