ARTIKEL

Sarawak lawan Sabah dalam final badminton Sukan Borneo esok

SUKAN BORNEO 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak bakal membuat perhitungan dengan kontinjen Sabah dalam aksi final masing-masing bagi kategori berpasukan lelaki dan berpasukan wanita yang akan berlangsung pada jam 9 pagi di Dewan Perpaduan, Petra Jaya, esok.

Pasukan lelaki tuan rumah berjaya mengatasi tentangan pasukan Wilayah Persekutuan Labuan pada aksi separuh akhir dengan memenangi kelima-lima perlawanan.

Chung Jia Ho selaku pemain perseorangan membuka tirai perlawanan dengan kemenangan dua set 21-10, 21-12 menewaskan Mohd Raienul Hazis.

Aksi kedua menyaksikan perlawanan sengit beregu tuan rumah, Kong Chee Kiet dan Barrie Chong Kwang Wei yang terpaksa bermandi peluh menentang Aguweel Andrew dan Kevien Joel dengan perlawanan tiga set.

Chee Kiet dan Chong Kwang berjaya memenangi set pertama 21-18 sebelum wakil Labuan merampas set kedua dengan kemenangan 14-21.

Beregu tuan rumah bagaimana pun kembali menemui rentak pada set ketiga dengan kemenangan 21-17.

Pemain perseorangan, Goh Shun Huat menambah kegembiraan pasukan apabila mudah menewaskan lawan secara terus dengan keputusan 21-10, 21-6.

Perlawanan keempat turut menyaksikan kemenangan tuan rumah bagi kategori beregu yang diwakili oleh Hon Sin Hong dan Jeremy Juan Zhen Liang.

Beregu tersebut menewaskan beregu James Carkester dan Demond Samin menerusi perlawanan dua set dengan keputusan 21-13, 21-14.

Sementara perlawanan akhir dimenangi pemain perseorangan, Shawn Hiu 21-14, 21-16 menewaskan Gabriel Ronald George.

Pasukan wanita pula berjaya melangkah ke final selepas menewaskan pasukan dari Kalimantan Timur.

Pasukan wanita diwakili tiga pemain perseorangan iaitu Janice Tchin Yao Xuan, Wafa Shahmina Rahman dan Brenda Jong Jing Hui.

Manakala beregu diwakili oleh Felicia Fong Xin Hui, Flora Fong Xin Jie dan Wendy Feebie Ricky, Genevie Lim Tsin Yeen.

BERITA LAIN

BOJAN SAH KEMUDI HARIMAU MALAYA

KUCHING: Bekas pengendali Persib Bandung, Bojan Hodak dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Harimau Malaya, manakala Tan Cheng Hoe diberikan tanggungjawab sebagai Pengarah Pasukan Kebangsaan. Persatuan

BERITA TERBARU

HIKMAH perkukuh gerak kerja dakwah

KUCHING: Harakah Islamiah (HIKMAH) akan terus memperkukuh keupayaan organisasi itu dalam melaksanakan gerak kerja dakwah dan pelbagai program pembangunan masyarakat Islam secara lebih sistematik serta