ARTIKEL

Sarawak–Pahang perkukuh kerjasama warisan dan budaya tempatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hubungan Sarawak dan Pahang semakin kukuh melalui kerjasama dalam bidang kraf tangan, pelancongan dan pemeliharaan warisan budaya, sejajar dengan aspirasi memartabatkan tradisi tempatan.

Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, jalinan ini bukan sahaja memberi manfaat bersama, malah menonjolkan keunikan identiti masyarakat berbilang kaum dan agama yang wajar dihargai serta diketengahkan kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa.

“Kepelbagaian budaya serta hasil kraf tangan seperti tenunan songket, pua kumbu, kraf rotan dan manik bukan sahaja simbol tradisi, malah menjadi pemacu utama sektor pelancongan dan ekonomi negeri masing-masing,” jelasnya pada majlis Malam Mesra Sarawak–Pahang yang diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak malam Jumaat.

Majlis tersebut turut dihadiri Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar Al Haj; Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

BERKENAN HADIR… KDYMM Al-Sultan Abdullah berkenan menghadiri majlis Malam Mesra Sarawak–Pahang diiringi Wan Junaidi dan Abang Johari. Foto Astana Negeri Sarawak.

Abang Johari turut menyampaikan penghargaan kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang yang beberapa kali mencemar duli ke Sarawak bagi menyokong usaha memperkasakan industri kraf tangan dan seni tekstil tempatan.

Menurut beliau, lawatan tersebut membuka ruang kerjasama antara Kraftangan Malaysia, Kerajaan Negeri Pahang dan Sarawak dalam memperkukuh industri kreatif berasaskan warisan.

“Melalui program pertukaran artis dan jurukraf antara kedua-dua negeri, kita bukan sahaja meningkatkan kepakaran, malah memastikan warisan tradisi terus dipelihara untuk generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata, usaha memperluas kerjasama antara negeri membuktikan komitmen Sarawak dalam memartabatkan seni, budaya dan warisan tempatan sebagai sumber ekonomi baharu yang berdaya maju.

“Patik dan seluruh rakyat Sarawak masih segar dalam ingatan akan keberangkatan Kebawah Duli Tuanku ke Borneo sewaktu Tuanku memayungi negara sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16.

“Lawatan tersebut bukan sekadar kunjungan rasmi, malah menjadi lambang kasih Tuanku terhadap sekalian rakyat di Borneo, khususnya di bumi Sarawak.

“Di setiap kawasan yang Tuanku berkenan singgah, rakyat menyambut dengan penuh kasih dan hormat, terharu melihat keprihatinan serta perhatian Tuanku terhadap kesejahteraan rakyat jelata. Jejak kasih Tuanku di Bumi Kenyalang akan terus dikenang, menjadi simbol penyatuan antara Semenanjung dan Malaysia Timur dalam semangat Malaysia yang sebenar,” katanya.

Sarawak–Pahang perkukuh kerjasama warisan dan budaya tempatan, Sarawak–Pahang, Abang Johari, warisan budaya

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan