ARTIKEL

Sarawak perlu elak dijangkiti penyakit bandar besar – Taib

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Konsep Bandar Sejahtera atau Healthy City perlu diterapkan dalam perancangan dan pengurusan bandar-bandar di Sarawak.

Gesaan itu disuarakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dalam ucapannya pada Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sarawak Yang ke-18 di sini, semalam.

Menurut Taib, penyediaan pelbagai kemudahan yang mencukupi seperti sistem pengangkutan awam yang efisien, perumahan mampu milik serta lebih banyak kawasan hijau untuk tujuan rekreasi perlu ditekankan.

“Dalam perancangan pembangunan bandar, kita perlu menekankan kualiti kehidupan dan persekitaran yang sihat.

“Kita tidak mahu bandar-bandar di Sarawak mengalami ‘penyakit bandar besar’ seperti masalah pencemaran, kesesakan lalu-lintas dan kepadatan kawasan kediaman,” ujarnya.

Beliau turut menyeru lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan terus diwujudkan di kawasan bandar untuk menampung keperluan rakyat yang semakin bertambah.

“Seiring dengan pembangunan ekonomi negeri Sarawak, bandar-bandar utama khususnya Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu semakin pesat membangun.

“Penduduk-penduduk kita terus bertumpu ke kawasan bandar untuk mendapatkan peluang-peluang perniagaan, pekerjaan, pendidikan dan perkhidmatan yang baik,” jelasnya.

Taib berkata, lebih daripada 58.5 peratus penduduk Sarawak kini menetap di kawasan bandar.

“Pertambahan penduduk ini menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan kemajuan bandar dan ia juga membawa banyak cabaran yang perlu ditangani dengan bijak.

Oleh itu, Taib berharap dalam gaya kehidupan bandar yang semakin moden, rakyat akan terus mempertahankan adat dan tradisi, semangat kekitaan, institusi kekeluargaan dan sentiasa saling hormat-menghormati.

BERITA LAIN

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di

Menyelamat ingatan, menjejak ilmu dan sejarah

SEJARAH bukan sekadar kisah masa lalu. Ia adalah bukti tentang siapa kita, bagaimana keputusan dibuat dan mengapa sesuatu peristiwa berlaku. Namun, sejarah boleh hilang apabila

BERITA TERBARU