ARTIKEL

Abang Johari merakam kenangan selepas pertemuan bersama-sama delegasi Bank Pembangunan Asia di Kuala Lumpur.

Sarawak perluas kerjasama strategik dengan institusi pembangunan antarabangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak membuka ruang kerjasama lebih luas dengan institusi pembangunan antarabangsa menerusi pertemuan Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama dengan delegasi Bank Pembangunan Asia (ADB) di Kuala Lumpur, semalam.

Pertemuan yang berlangsung di Pejabat Dana Kekayaan Berdaulat Masa Depan Sarawak di Tun Razak Exchange (TRX) itu menjadi platform bagi kedua-dua pihak bertukar pandangan pelbagai perkara berkepentingan bersama, khususnya berkaitan pembangunan mampan, pertumbuhan ekonomi serta kerjasama serantau.

Kerjasama tersebut turut mencerminkan usaha berterusan Sarawak dalam menjalin hubungan dengan institusi pembangunan antarabangsa bagi menyokong agenda pembangunan jangka panjang negeri serta aspirasi pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Dalam masa yang sama, turut mencerminkan usaha berterusan Kerajaan Sarawak memperluas jaringan kerjasama strategik dengan institusi pembangunan antarabangsa bagi menyokong agenda pembangunan jangka panjang.

Selain itu, pelibatan ADB sebagai antara institusi kewangan pembangunan terbesar di rantau Asia Pasifik turut memberi peluang kepada Sarawak untuk berkongsi pengalaman, mendapatkan kepakaran antarabangsa serta meneroka model pembangunan yang lebih mampan dan berdaya tahan.

Delegasi ADB diketuai oleh Ketua Pengarahnya, Zhang NianShan, bersama Pengarah Kerjasama Serantau, Alfredo Perdiguero, Penasihat, Said Zaidansyah serta Pakar Kanan Negara, Gary Krishnan.

Sementara, delegasi Sarawak turut disertai Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Datuk Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel; Timbalan Setiausaha Kewangan Sarawak, Datuk Hasmawati Sapawi; Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPU), Datuk Awang Mohammad Fadillah Awang Redzuan; Pengarah Unit Perubahan Iklim dan Diplomasi Tenaga Sarawak (SACED) Ir. Dr Angelia Liew San Chuin serta Ketua Bahagian Perancangan Bandar dan Wilayah EPU Sarawak, Robita Lee Robinson.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU