ARTIKEL

Sarawak salur lebih RM8 juta kepada dua NGO

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak telah meluluskan permohonan dana sebanyak RM8.079 juta kepada dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi membina bangunan dan membaik pulih fasiliti.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, dua PBK tersebut ialah Persatuan Autistik Kuching (PAK) dan Persatuan Disleksia Sarawak(PDS).

“NGO ini telah memohon peruntukan kepada kerajaan bagi membina bangunan baharu yang boleh memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelatih atau golongan sasaran mereka.

Presiden Persatuan Cerebral Palsy Whishesland Kuching Chi Poh Yung menerima Anugerah NGO OKU Cemerlang daripada Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah.

“PAK telah diberikan peruntukan sebanyak RM4.179 juta bagi menambah baik kemudahan yang disediakan untuk individu autistik. Manakala, PDS diluluskan peruntukan sebanyak RM3.9 juta untuk membina bangunan baharu mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari OKU di Hotel UCSI, malam tadi.

Dalam majlis tersebut, beliau turut menyerahkan anugerah NGO OKU cemerlang 2022 kepada Persatuan Cerebral Palsy Whishesland Kuching dengan memberikan penghargaan hadiah wang berjumlah RM10,000.

Sementara itu, sebanyak 32 daripada 55 buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dianugerahkan pengiktirafan lima bintang. Manakala, 23 buah PPDK masing-masing mendapat empat dan tiga bintang.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus, dan Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Mohammad Razi Sitam.

BERITA LAIN

Furry Friends Fair pupuk kesedaran kebajikan haiwan

KUCHING: Penganjuran Furry Friends Fair 2026 menjadi platform meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebajikan haiwan, selain memupuk amalan pemilikan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab. Anak Premier Sarawak,

BERITA TERBARU

Lelaki separuh bogel ganggu pelajar ditahan polis

MIRI: Seorang pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun terpaksa melarikan diri ke rumah kenalan berhampiran selepas diekori lelaki separuh bogel yang didakwa mengganggunya secara seksual