ARTIKEL

RAZI serta tetamu lain bergambar kenangan pada Majlis Anugerah Peringatan Jubli Intan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-60 SMK Saribas di Dewan Akademia, di sini, hari ini. | Foto: OSMAN RAZALI

Sarawak sasar 99 peratus kanak-kanak dapat akses pendidikan prasekolah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DEBAK: Kerajaan Sarawak menyasarkan 99 peratus kanak-kanak di negeri ini mendapat akses kepada pendidikan prasekolah sebelum melangkah ke sekolah rendah.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Dr Mohammad Razi Sitam berkata, asas kepada sistem pendidikan yang kukuh perlu dibina sejak peringkat awal kanak-kanak.

Beliau berkata, pihaknya berbangga apabila sebanyak 98.9 peratus kanak-kanak di Sarawak mendapat akses kepada pendidikan prasekolah sebelum memasuki tahun satu.

RAZI menyampaikan Anugerah Peringatan Jubli Intan (Kategori Emas) kepada Razaili pada majlis sama. | Foto: OSMAN RAZALI

“Angka ini menunjukkan satu pencapaian yang amat membanggakan, namun kita tidak akan berhenti setakat ini.

“Sasaran Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) seterusnya memastikan sekurang-kurangnya 99 peratus kanak-kanak di negeri ini mendapat akses kepada pendidikan awal.

“Tiada anak Sarawak yang harus tercicir daripada landasan ilmu sejak peringkat awal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Peringatan Jubli Intan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saribas di Dewan Akademia, di sini, hari ini.

Menurutnya, bagi merealisasikan sasaran berkenaan, Kerajaan Sarawak terus memperkasa sektor Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak (ECCE) menerusi peruntukan sebanyak RM18 juta.

“Daripada jumlah itu, RM4 juta disalurkan khusus bagi Subsidi Yuran Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak untuk meringankan beban kewangan ibu bapa.

“Manakala RM14 juta lagi diperuntukkan menerusi Geran Tahunan Khas (GTK) bagi membantu institusi ECCE berdaftar di seluruh Sarawak meningkatkan kualiti kemudahan serta persekitaran pembelajaran,” ujarnya.

Tambah beliau, komitmen Kerajaan Sarawak dalam memperluas akses pendidikan turut diperkukuh menerusi pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES), yang disifatkan sebagai “laluan emas” kepada anak-anak negeri ini untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Menyentuh ulang tahun ke-60 SMK Saribas, Razi yang juga bekas pelajar sekolah berkenaan menyifatkan pencapaian itu sebagai satu kejayaan besar yang mencerminkan ketekunan, pengorbanan dan visi berterusan warga pendidik serta generasi terdahulu.

Pada majlis itu, Razi mengetuai senarai penerima Anugerah Peringatan Jubli Intan (Kategori Emas) bersama-sama Ahli Parlimen Betong, Datuk Dr. Richard Rapu; Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD), Datuk Adana Jed; penyandang ADUN Beting Maro, Datuk Razaili Gapor; serta mantan ADUN Beting Maro, Datuk Bolhassan Di.

Turut menerima pengiktirafan ialah 12 penerima Anugerah Peringatan Jubli Intan Kategori Perak dan 10 penerima bagi Kategori Gangsa.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

SSC perkukuh kerjasama strategik bersama FAS

KUCHING: Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Fazzruddin Abdul Rahman di pejabat beliau hari ini. Kunjungan