ARTIKEL

Afiq Fadhli Narawi ketika berkongsi perkembangan persiapan kontinjen e-sukan Sarawak menjelang SUKMA 2026.

Sarawak sasar emas e-sukan pada SUKMA 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kontinjen e-sukan Sarawak meletakkan harapan tinggi untuk memenangi pingat emas pada SUKMA 2026, dengan kategori Perlumbaan Simulator dikenal pasti sebagai sandaran utama menerusi pelumba wanita negara, Genevieve Henrietta Ooi.

Presiden Persatuan E-sukan Sarawak, Afiq Fadhli Narawi, berkata Genevieve yang juga merupakan antara pelumba wanita terbaik Malaysia kini berada dalam prestasi terbaik dan disasarkan untuk menyumbang emas kepada Sarawak.

Menurutnya, atlet tersebut bukan sahaja aktif dalam perlumbaan simulator, malah pernah memenangi dua siri Kejuaraan Kereta Jelajah Malaysia (MTCC) di Litar Antarabangsa Sepang.

“Kita meletakkan sasaran pingat emas kali ini, khususnya dalam kategori Perlumbaan Simulator menerusi Genevieve yang merupakan antara atlet terbaik yang kita miliki.

“Pada SUKMA lalu, Sarawak meraih satu pingat perak dan dua gangsa dalam kategori ini, jadi kita yakin peluang untuk meningkatkan pencapaian itu amat cerah,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Suara Sarawak.

Genevieve ialah seorang pemandu kereta lumba profesional Malaysia berusia 20 tahun yang memulakan kerjaya daripada perlumbaan simulator sebelum beralih ke litar sebenar. Bakatnya mula dikesan oleh bekas pemandu Formula 1 negara, Alex Yoong.

Afiq yang juga Timbalan Presiden Persekutuan E-sukan Malaysia (MESF) berkata demikian ketika mengulas persiapan kontinjen e-sukan Sarawak menjelang temasya SUKMA 2026 di Selangor.

Beliau berkata, pasukan Mobile Legends lelaki dan wanita kini menjalani latihan intensif di Kuala Lumpur di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman dari Sibu yang juga bekas jurulatih skuad Mobile Legends negara yang berjaya meraih pingat emas pada Sukan SEA tahun lalu.

“Persiapan kini memasuki fasa terakhir dengan fokus diberikan kepada aspek teknikal, strategi permainan dan ketahanan mental atlet bagi memastikan mereka berada pada tahap terbaik menjelang SUKMA nanti,” katanya.
Beliau optimis kombinasi atlet berpengalaman dan bakat baharu mampu membantu Sarawak mencipta keputusan memberangsangkan dalam acara e-sukan yang semakin kompetitif di peringkat kebangsaan.

Tambahnya, secara keseluruhan, Sarawak akan menghantar 32 atlet yang akan bersaing dalam enam kategori permainan iaitu Racing Simulator, Street Fighter, eFootball, Honor of Kings, eChess serta Mobile Legends bagi kategori lelaki dan wanita.

Kontinjen itu turut dibantu enam jurulatih yang bertanggungjawab memantau persiapan atlet sepanjang kem latihan dan pertandingan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan