KUCHING: Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) berada pada sasaran untuk mencapai sifar projek ‘sakit’ di negeri ini menjelang akhir tahun.
Timbalan Menterinya Ir Aidel Lariwoo berkata setakat ini terdapat 35 projek sakit di Sarawak dan semua projek sakit ini mendahului daripada jadual.
“Kita dengan bangga menyatakan bahawa projek sakit yang disenaraikan di Sarawak telah banyak dikurangkan, kira-kira lebih separuh projek.
“Justeru, sasaran kami adalah untuk mencapai sifar projek sakit menjelang akhir tahun ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Aset Fizikal Dan Infrastruktur 2023 di sini hari ini.
Berdasarkan mesyuarat dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak baru-baru ini kata Aidel, hanya tinggal beberapa projek terbengkalai yang dibiayai oleh negeri, yang cuba diselesaikan menjelang akhir tahun ini dengan melantik kontraktor penyelamat tempatan.
Bagaimanapun katanya, kebanyakan projek menjadi ‘sakit’ khususnya pembinaan jalan dan jambatan, disebabkan peningkatan harga yang mendadak dalam bahan mentah serta kekurangan pekerja.
Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.






