ARTIKEL

Sarawak sebagai peneraju tenaga boleh diperbaharui di Asia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak menyasarkan untuk menjadi peneraju tenaga boleh diperbaharui di Asia dan mengekalkan sekurang-kurangnya 60 peratus campuran kapasiti tenaga boleh diperbaharui menjelang 2030.

Menerusi perancangan itu, hasrat Sarawak untuk mencapai 600,000 tan pengurangan emisi karbon menerusi elektrifikasi mobiliti diyakini dapat dicapai.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni berkata usaha itu dapat dicapai dengan kerjasama semua pihak berkaitan.

Disebabkan itu, Kerajaan Sarawak katanya mewujudkan Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar yang diterajui sendiri oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Ia bagi mendepani cabaran perubahan iklim dunia, selain menjana pendapatan daripada ekonomi baharu menerusi tenaga hijau,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Persidangan Green Future 2022 di Muzium Budaya Borneo, di sini, hari ini.

Meurutnya lagi, usaha sedemikian juga selaras dengan komitmen kerajaan terhadap Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan dan 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Untuk mewujudkan visi mewujudkan dunia yang lebih baik, SDG telah diterima pakai oleh semua Negara Anggota PBB pada 2015, untuk bergerak ke hadapan dengan tindakan oleh semua negara dalam perkongsian global, termasuk Malaysia,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Misi ke final Piala FA

KEMENANGAN bergaya 2-0 ke atas wakil Korea Selatan, Gangwon FC dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) tiga hari lepas bakal menjadi suntikan moral buat

AgriCOP Pakan nyungkat penatai pemisi

PAKAN: Urug 150 penyerta ari 13 rumah panjai ba menua Nunggang udah nglulu Program AgriCOP Pelilih Pakan dikena nambah penemu enggau peransang ngaul diri ba