ARTIKEL

Sarawak selaras usaha dengan Kerajaan Persekutuan perkukuh ekonomi, tarik pelaburan dalam industri semikonduktor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak bergerak ke arah memperkasakan ekonomi dan menarik pelaburan dalam industri semikonduktor selaras dengan usaha Kerajaan Persekutuan.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelbagai inisiatif dijalankan kerajaan secara berterusan, termasuk kerjasama dengan Compound Semiconductor Applications (CSA) Catapult dari United Kingdom (UK).

Katanya, semasa lawatan ke negara itu baru-baru ini juga, mereka memberikan tumpuan kepada industri semikonduktor sekali gus terlibat dalam perbincangan dengan syarikat berkenaan.

“Ia juga adalah satu inisiatif Kerajaan Sarawak dengan Kerajaan British untuk memberi latihan supaya kita boleh terlibat dalam penghasilan semikonduktor atau reka bentuk cip.

“Hala tuju Kerajaan Persekutuan adalah untuk memperkukuhkan ekonomi dan menarik pelaburan dalam industrti ini.

“Kita juga melakukan perkara yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, hari ini.

Majlis Menandatangani MoU antara SMD Semikonduktor Sarawak dengan CSA Catapult telah berlangsung di London pada April lalu untuk menjalin hubungan antarabangsa bagi penyelidikan dan inovasi berhubung teknologi semikonduktor sebatian.

Inisiatif ini juga bertujuan untuk meletakkan Sarawak sebagai hab pelaburan utama dalam industri semikonduktor sekali gus menjadi peneraju dalam penyelesaian teknologi berkenaan.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

BERITA TERBARU

Bina impian anak Sarawak

SETIAP kali Belanjawan Sarawak dibentangkan, perhatian masyarakat lazımnya tertumpu pada angka peruntukan, projek pembangunan dan pelan ekonomi negeri. Namun, ukuran sebenar kejayaan sesebuah belanjawan bukan

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga