ARTIKEL

Sarawak siap siaga hadapi ‘negara tua’ pada 2030

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Malaysia bakal menjadi ‘negara tua’ pada 2030 apabila pen-duduk berumur 60 tahun ke atas mencapai 15 peratus daripada jum-lah keseluruhan populasinya.Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, pada 2018, jum-lah penduduk Sarawak adalah 2.8 juta; dengan 7.3 peratus daripada-nya merupakan penduduk yang berusia 65 tahun dan lebih.

Kerana itu katanya, Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan pada 5 Januari 2011, sebagai persediaan menghadapi situasi ini.“Matlamat DWEN adalah untuk mendayaupayakan individu, keluar-ga dan masyarakat dengan menye-diakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan,katanya ketika merasmikan Program Terapi Seni dan Muzik di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Sekitar 50 peserta termasuk kakitangan Rumah Seri Kenangan, Kuching dan Desa Bina Diri telah menyertai program tersebut.Mengulas lanjut, Fatimah berkata, pihaknya telah merancang pelbagai program untuk memastikan golon-gan warga emas di negara ini terbe-la, ketika ia mencapai status negara tua tersebut. Berkaitan Program Terapi Seni dan Muzik ujarnya, ia mampu meningkatkan kecerdasan emosi warga emas dan orang papa yang telah diselamatkan seterusnya, meningkatkan keceriaan dan kese-jahteraan mereka sewaktu berada di institusi dan menjalani kehidupan yang lebih baik.

Dalam ucapannya juga, Fatimah memberitahu, dari Januari hingga Februari 2019, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak telah menya-lurkan sebanyak RM14,896,280 untuk 21,881 penerima Bantuan Orang Tua (BOT) di seluruh Sarawak dengan kadar bantuan bulanan RM350 seorang.

BERITA LAIN

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di

Menyelamat ingatan, menjejak ilmu dan sejarah

SEJARAH bukan sekadar kisah masa lalu. Ia adalah bukti tentang siapa kita, bagaimana keputusan dibuat dan mengapa sesuatu peristiwa berlaku. Namun, sejarah boleh hilang apabila

BERITA TERBARU