ARTIKEL

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin berucap pada Persidangan & Pameran Aeroangkasa Asia Pasifik 2026 di BCCK, hari ini. - Foto Ukas

Sarawak teroka LTAK baharu sebagai aerotropoli bersepadu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak meneliti potensi jangka panjang Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) baharu sebagai sebuah aerotropoli bersepadu, dengan aktiviti ekonomi berkaitan penerbangan dirancang seiring dengan infrastruktur sisi udara.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin berkata ia merangkumi peluang masa hadapan dalam Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO), pembuatan alat ganti dan komponen pesawat, logistik aeroangkasa dan rantaian bekalan termasuk latihan, pensijilan dan perkhidmatan berkaitan penerbangan.

“Pengalaman global menunjukkan bahawa lapangan terbang seperti Incheon, Doha dan Istanbul berjaya kerana ia berkembang menjadi ekosistem ekonomi berteras penerbangan, bukan sekadar terminal berdiri sendiri.

“Oleh itu, Sarawak mengambil pendekatan berdisiplin dan berpandukan data bagi memastikan sebarang pembangunan masa hadapan di sekitar LTAK baharu adalah berdaya maju, mampan dan berteraskan nilai, serta menyokong pekerjaan berkualiti tinggi dan pertumbuhan industri jangka panjang,” katanya ketika berucap pada Persidangan & Pameran Aeroangkasa Asia Pasifik 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata kajian kebolehlaksanaan cadangan LTAK baharu bukan sekadar mengenai pembinaan lapangan terbang yang lebih besar tetapi mengenai pengajuan soalan-soalan strategik yang tepat.

Katanya ia termasuk kapasiti yang diperlukan Sarawak dalam tempoh 30 hingga 50 tahun akan datang, reka bentuk yang bersesuaian dengan teknologi pesawat dan model operasi masa hadapan, bagaimana kelestarian diterapkan sejak awal serta bagaimana daya tahan terhadap risiko iklim dan operasi dapat dipastikan.

“Proses kebolehlaksanaan ini membolehkan penilaian permintaan jangka panjang, kesesuaian tapak, pertimbangan alam sekitar, keterhubungan pelbagai mod pengangkutan serta penjajaran dengan piawaian penerbangan antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Kim Shin berkata Sarawak melihat penerbangan sebagai tonggak integrasi BIMP-EAGA berasaskan saling melengkapi, bukan persaingan.

Menurutnya hubungan penerbangan yang dipertingkatkan akan mengukuhkan perdagangan dan pelancongan intra-Borneo, menyokong pusat pertumbuhan baharu termasuk Ibu Kota Nusantara serta membolehkan rantaian bekalan serantau yang lebih berdaya tahan.

“Sarawak menduduki kedudukan strategik dalam BIMP-EAGA, menghubungkan Brunei Darussalam, Kalimantan dan Indonesia Timur, Sabah dan Sarawak serta selatan Filipina.

“Dengan jumlah penduduk gabungan melebihi 83 juta orang, potensi BIMP-EAGA sangat bergantung kepada keterhubungan udara,” katanya.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan