ARTIKEL

Abang Johari menyampaikan ucapan. GAMBAR: Mohd Alif Noni

Sarawak terus pelopor tenaga bersih di Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Usaha Sarawak membangunkan tenaga hidrogen bukan sekadar inovasi teknologi, tetapi juga langkah melindungi rakyat daripada kesan udara tercemar, kata Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, penggunaan hidrogen merupakan langkah strategik kerajaan Sarawak bagi menggantikan bahan api fosil yang menjadi punca utama pencemaran dan menjejaskan kesihatan awam.

“Saya membangunkan hidrogen kerana kita tidak mahu pengangkutan awam mengeluarkan asap. Udara yang tidak bersih boleh menjejaskan sistem imun manusia.

“Sebab itu penting untuk kita beralih kepada sumber tenaga bersih,” katanya ketika berucap pada Seminar Ahli-Ahli Majlis 2025, di sini.

Tambahnya, pandemik COVID-19 yang melanda dunia sebelum ini telah membuka mata banyak pihak tentang kepentingan udara bersih dan persekitaran sihat.

“Saya bukan doktor, tetapi mungkin kita menghidu udara yang tidak bersih. Akhirnya sistem imun kita tidak dapat melawan penyakit seperti influenza dan sebagainya.

“Sebab itu saya berbincang dengan pakar, termasuk Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, supaya kita mempunyai pusat penyelidikan penyakit tropika,” katanya.

Abang Johari menjelaskan bahawa tenaga hidrogen bukan bahan letupan seperti yang sering disalah tafsirkan, sebaliknya gas ringan yang digunakan untuk menjana enjin melalui teknologi sel bahan api (fuel cell).

“Dulu orang takut hidrogen kerana dikaitkan dengan bom hidrogen, tetapi dari sudut sains, hidrogen hanya bertindak balas apabila bercampur dengan gas lain.

“Dalam enjin, hidrogen bertemu oksigen dan menghasilkan air, bukan asap,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU