ARTIKEL

Sasar 50 terbaik dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PEMAIN beregu lelaki negara Goh Sze Fei menyasarkan untuk berada di kelompok 50 terbaik dunia bersama pasangan baharunya Choong Hon Jian. Atlet berusia 26 tahun itu yang kini tidak lagi bergandingan dengan Nur Izzuddin Rumsani sejak Febuari lalu berkata sasaran itu diletakkan bagi memastikan mereka berdua layak menyertai kejohanan yang lebih tinggi pada tahun depan. “Saya rasa berpuas hati dengan prestasi kami berdua, tetapi tidak puas hati dengan persemnbahan saya sendiri.

Saya rasa boleh buat lebih baik. Saya tidak tenang atau cukup mantap semasa mata penting dalam perlawanan. “Perkara ini tidak berlaku selalu tapi dalam beberapa perlawanan sebelum ini, ia berlaku,” katanya kepada pemberita semasa sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia semalam.

Awal Mac lalu, gandingan itu yang berada di kedudukan ke-123 dunia telah mempamerkan aksi cemerlang di Cabaran Antarabangsa Thailand apabila mara ke pentas final namun terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas ditunduk kan pasangan Thailand, Chaloempon Charoenkitamorn- Nanthakarn Yordphaison phaisong dengan keputusan 21-15, 15-21, 22-24.

Namun prestasi Sze Fei-Hon Jian yang diletakkan sebagai pilihan keenam pada Cabaran Antarabangsa Osaka, Jepun, akhir Mac lepas turut dilihat masih belum seimbang apabila menjadi yang terawal mengalami kekalahan ketika bertemu beregu tuan rumah Tori Aizawa-Yuto Noda yang berkesudahan 16-21,21-16,13-21.- Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu