ARTIKEL

Satu daripada lapan mangsa hilang di Sungai Pertak ditemui lemas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Seorang daripada lapan individu yang hilang dalam kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi ini berhampiran Jambatan Pertak.

Mangsa dikenal pasti sebagai V. Vijayan, warga tempatan, dan mayatnya ditemui kira-kira 2.7 kilometer dari Lata Jebus tempat dia dihanyutkan.

Kejadian itu berlaku kira-kira 5.55 petang semalam apabila lapan mangsa dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus, termasuk warga Yaman, Sri Lanka, Nepal dan India.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Asrul Riezal Asbar, memaklumkan sebanyak 19 individu dalam empat kumpulan yang terkandas di kawasan itu diselamatkan pada 12.16 tengah malam tadi.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan pagi ini dengan pencarian dibahagikan kepada empat sektor bagi mengesan tujuh mangsa yang masih hilang seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Pam melepung mutar suntuk bekal ai

LAWAS: Pemansang nyendia pam melepung nyadi chara timpuh pandak Perintah Sarawak mutar penanggul pasir betugung ba palan ngambi ai ti ngujungka peranak di Lawas napi

Asil nambah nguntungka rayat

BINTULU: Asil penatai pemisi Sarawak manggai RM15 bilion ba taun 2027 deka nambah penau perintah nengeri nambah bantu pengelantang, pelajar sereta pemansang infrastruktur ke pemaik