ARTIKEL

Datuk Seri Julaihi Narawi (duduk tengah) bercakap pada sidang media selepas ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan DUN Sarawak, hari ini, bersama dua timbalan dan kakitangan kementerian. | Foto: Ghazali Bujang

Satu entiti bekalan air tunggal bakal diwujudkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tiga agensi bekalan air di Sarawak akan digabungkan bagi meningkatkan pengurusan bekalan air yang lebih efisien.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata ia melibatkan Lembaga Air Kuching (KWB), Lembaga Air Sibu (SWB) dan LAKU Management Sdn Bhd (LAKU).

“Kerajaan Sarawak telah meluluskan penggabungan agensi bekalan air melibatkan KWB, SWB dan LAKU dengan mewujudkan satu entiti bekalan air tunggal yang dijangka mula beroperasi dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Manakala itu, kata Julaihi, buat masa ini Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) terus kekal sebagai jabatan yang berperanan menyediakan infrastruktur bekalan air khususnya di kawasan luar bandar.

Katanya, JBALB akan turut menjadi sebahagian daripada entiti air tunggal pada masa hadapan.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU

Peranak Bukit Saban nerima pala tanah

SPAOH: Bisi 350 peranak sitak Bukit Saban diatu berasai lantang lebih nerima Surat Pala Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak. Surat pala tanah nya meri

KMKK meseti pintar ngemansang Spaoh

SPAOH: Bala Tuai Komuniti enggau Tuai Raban Bansa (KMKK) dipinta ngena pemintar runding enggau berani nyerungkai peluang baru ngadu pemansang Spaoh nipak ubah dunya. Sapit